1the9

1the9
1the9 pada bulan April 2019
Dari kiri ke kanan: Yechan, Sungwon, Junseo, Doyum, Taewoo, Taekhyeon, Jinsung, Seungwan, dan Yongha.
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2019 (2019)–2020 (2020)
Syarikat rakaman
PocketDol Studio
Bekas ahli
  • Yoo Yong-ha
  • Kim Tae-woo
  • Lee Seung-hwan
  • Shin Ye-chan
  • Kim Jun-seo
  • Jeon Do-yum
  • Jung Jin-sung
  • Jeong Taek-hyeon
  • Park Sung-won

1the9 (Hangul: 원더나인, digayakan sebagai 1THE9, disebut sebagai Wonder Nine) ialah kumpulan lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan melalui rancangan realiti Under Nineteen. Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang ahli: Yoo Yong-ha, Kim Tae-woo, Lee Seung-hwan, Shin Ye-chan, Kim Jun-seo, Jeon Do-yum, Jung Jin-sung, Jeong Taek-hyeon dan Park Sung-won.[1] Kumpulan ini diumumkan debut pada 9 Februari 2019 [2] dan akan mempromosikan di bawah PocketDol Studio selama 12 bulan.[3] Kumpulan ini dibubarkan pada bulan Ogos 2020.

Pra-debut: Under Nineteen

[sunting | sunting sumber]

1THE9 dibentuk melalui siri pertandingan 'survival' Under Nineteen, yang disiarkan di MBC dari 3 November 2018 hingga 9 Februari 2019. Daripada 57 pelatih awal yang mengambil bahagian, 9 orang dipilih oleh penonton dan diumumkan melalui siaran langsung di televisyen .

Semasa siaran terakhir, ahli akhir diberi peringkat dan ditandakan sebagai debut oleh undi dari peminat. Diumumkan bahawa barisan terakhir akan melakukan V Live untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat dua jam selepas pertunjukan.[4][5] Kemudian diumumkan bahawa pengarah pasukan vokal Crush akan menulis dan menghasilkan lagu untuk single debut kumpulan.[6]

Walaupun debut rasmi mereka dijadualkan pada bulan April, mereka akan berpartisipasi dalam "Under Nineteen's Final Concert" pada 23 Februari 2019 yang mempersembahkan lagu-lagu dari rancangan tersebut bersama para peserta lain.[7] Sejak rancangan itu, para anggota telah mempersembahkan single "Like a Magic" di rancangan muzik dan telah menggunakannya sebagai single promosi pra-debut.[8]

2019: XIX dan Blah Blah

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Februari 2019, diumumkan bahawa debut rasmi mereka dijadualkan pada 12 April dengan konsert pada bulan tersebut dengan debut Jepun mereka. Juga diumumkan bahawa rancangan realiti untuk kumpulan itu akan mula ditayangkan pada 22 Mac.[9] Debut Jepun mereka ditangguhkan kerana MBK ingin fokus pada promosi di Korea Selatan terlebih dahulu.

Satu siri teaser individu dikeluarkan setiap ahli sebelum garis masa debut diumumkan.[10] Pada 5 April garis masa debut bermula dan nama album tersebut dinamakan sebagai XIX dengan single utama "Spotlight". Lagu pra-debut "Domino" yang menampilkan Crush dikeluarkan pada 7 April menjelang debut rasmi mereka pada 13 April.[11] 1THE9 mula mempromosikan album dengan "Spotlight" di pelbagai rancangan muzik.[12][13]

Pada 17 April, mereka mengadakan debut stage mereka menerusi rancangan V Live selama satu jam tiga puluh minit. Mereka membawakan 3 buah lagu, bermain permainan, dan mengumumkan nama dan warna fandom kumpulan akhirnya dipilih menjadi Wonderland untuk nama peminat dan Lime Punch sebagai warna rasmi.[14][15][16]

Pada 3 Oktober 2019, diumumkan bahawa mereka akan comebak dengan album mini kedua mereka Blah Blah pada 17 Oktober.[17]

2020: Turn Over dan dibubarkan

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 2020, diumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album mini ketiga mereka Turn Over pada 16 Julai.[18]

Pada 27 Julai 2020, disahkan bahawa kumpulan ini akan dibubarkan secara rasmi pada 8 Ogos 2020.[19] Sebelum dibubarkan, kumpulan ini mengeluarkan mini album keempat dan terakhir mereka Good Bye 1the9 pada 5 Ogos.[20][21]

Bekas ahli

[sunting | sunting sumber]
  • Yoo Yong-ha (유용하) - Ketua
  • Kim Tae-woo (김태우)
  • Lee Seung-hwan (이승환)
  • Shin Ye-chan (신예찬)
  • Kim Jun-seo (김준서)
  • Jeon Do-yum (전도염)
  • Jung Jin-sung (정진성)
  • Jeong Taek-hyeon (정택현)
  • Park Sung-won (박성원)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album mini

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[22]
XIX 7
Blah Blah
  • Dikeluarkan: 17 Oktober 2019
  • Label: PocketDol Studio, Kakao M
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
15
Turn Over
  • Dikeluarkan: 16 Julai 2020
  • Label: PocketDol Studio, Kakao M
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
23
Good Bye 1the9
  • Dikeluarkan: 5 Ogos 2020
  • Label: PocketDol Studio, Kakao M
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
24

Jelajah konsert

[sunting | sunting sumber]
  • Under Nineteen Final Concert[27]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Rangkaian Program Ruj.
2018–2019 MBC Under Nineteen [28]
2019 MBC Wonderland [29][30]
Tahun Rangkaian Program
2019 MBC Idol Radio
MBC FM4U Kim Shin Young's Noon Song of Hope
  1. ^ ""4월 정식 데뷔"..'언더나인틴', 1위 센터 전도염x그룹명은 원더나인 [어저께TV]". news.chosun.com (dalam bahasa Korea). 2019-02-09. Dicapai pada 2019-02-13.
  2. ^ Hyunseok Seo; Juseop Lee (December 2013). "초등학교 1·2학년의 경험적 내러티브 양상 연구-학급에서의 발표 상황을 중심으로-". Journal of Speech Communication. null (23): 121–139. doi:10.18625/jsc.2013..23.121. ISSN 1598-9542.
  3. ^ "More information about MBC's new idol program 'Under Nineteen' released in press conference". www.koogle.tv (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-10.
  4. ^ "언어19 뉴스". www.imbc.com. Dicapai pada 2019-02-09.
  5. ^ "언어19 뉴스". www.imbc.com. Dicapai pada 2019-02-09.
  6. ^ "크러쉬, '언더나인틴' 데뷔곡 프로듀싱 맡아". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-02-09.
  7. ^ "언어19 뉴스". www.imbc.com. Dicapai pada 2019-02-13.
  8. ^ "'완성형 비주얼' 원더나인(1THE9), 매혹적인 아홉 소년들 '마법 같아'". Newsen.
  9. ^ "원더나인, 3월 22일 리얼리티 방송 시작…데뷔 초읽기 돌입". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-02-27.
  10. ^ "원더나인, 멤버별 티저영상 릴레이 공개 예고 '데뷔 임박'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-04-07.
  11. ^ "원더나인(1THE9) "곧 정식 데뷔…준비된 아이돌의 모습으로 찾아뵐 것" (앳스타일 4월호) [뉴스엔TV]". 원더나인(1THE9) “곧 정식 데뷔…준비된 아이돌의 모습으로 찾아뵐 것” (앳스타일 4월호) [뉴스엔TV] - 손에 잡히는 뉴스 눈에 보이는 뉴스 - 뉴스엔 (dalam bahasa Korea). 2019-03-27. Dicapai pada 2019-04-07.
  12. ^ "1THE9, 신나고 신나고[포토엔HD]". 1THE9, 신나고 신나고[포토엔HD] - 손에 잡히는 뉴스 눈에 보이는 뉴스 - 뉴스엔 (dalam bahasa Korea). 2019-04-17. Dicapai pada 2019-04-19.
  13. ^ "김효진 기자 - [현장] '언더나인틴'→데뷔 원더나인(1THE9), 활동 기간 동안 선보일 파릇파릇한 매력 (종합)". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-04-17. Dicapai pada 2019-04-19.
  14. ^ "임경진 기자 - [4K직캠] 원더나인(1THE9), 수록곡 'Domino' 무대(190417)". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-04-17. Dicapai pada 2019-04-19.
  15. ^ "임경진 기자 - [4K직캠] 원더나인(1THE9), 수록곡 '우리들의 이야기' 무대(190417)". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-04-17. Dicapai pada 2019-04-19.
  16. ^ "임경진 기자 - [4K직캠] 원더나인(1THE9), 타이틀곡 'Spotlight' 무대(190417)". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-04-17. Dicapai pada 2019-04-19.
  17. ^ "원더나인, 17일 '속삭여'로 5개월만 컴백 확정(공식)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-10-04.
  18. ^ "원더나인, 16일 세 번째 미니앨범으로 컴백…강렬함 넘치는 이미지 공개". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-07-06.
  19. ^ "[단독]원더나인, 8월 8일 끝으로 공식적 해산". joynews24 (dalam bahasa Korea). July 27, 2020. Dicapai pada July 28, 2020.
  20. ^ "[단독] 7일 후 다시는 못 보는 원더나인 아이돌 그룹". post.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-08-02.
  21. ^ "'계약만료' 원더나인, 5일 마지막 앨범 'Good Bye 1THE9' 발매 확정(공식)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-08-02.
  22. ^
  23. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2019-12-11.
  24. ^ 2019년 12월 Album Chart [December 2019 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 10, 2020.
  25. ^ 2020년 8월 Album Chart [August 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 10, 2020.
  26. ^ 2020년 8월 Album Chart [August 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 10, 2020.
  27. ^ "언어19 뉴스". www.imbc.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Februari 2019.
  28. ^ "언더19". www.imbc.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Februari 2019.
  29. ^ Anh Yoon-ji. "원더나인, 3월 22일 리얼리티 방송 시작…데뷔 초읽기 돌입". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). MBN. Dicapai pada 27 Februari 2019.
  30. ^ Han Jung-won. "원더나인, 데뷔 첫 리얼리티 '원더랜드' 타임테이블 공개". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). xportsnews. Dicapai pada 6 Mac 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]