Pengilang | APF Electronics Inc |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kedua |
Ketersediaan runcit | ![]() |
Media | Katrij |
CPU | Motorola 6800 (8 bit) berkelajuan 3.579 MHz |
Input | Pengawal kayu ria[1] |
Pengganti | APF TV Fun |
APF-MP1000 merupakan konsol generasi kedua yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar konsol APF Electronics Inc. pada tahun 1978. Konsol ini merupakan konsol 8-bit berdasarkan kepada cip mikpemproses yang digunakan. Dua model dikeluarkan dari konsol ini iaitu M-1000 dan MP-1000[2]. Konsol APF-MP1000 mempunyai permainan video terbina berjudul Rocket Patrol. Konsol ini merupakan sebahagian daripada APF Imagination Machine[2].
Konsol ini dijana dengan cip mikpemproses Motorola 6800 (8 bit) berkelajuan 3.579 MHz. Kesemua media katrij yang dikeluarkan pula dibangunkan dengan menggunakan aturcara APF BASIC[3].
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | Motorola 6800 (8 bit) 3.579 MHz | ||||
RAM | 1KB | ||||
RAM video | 1KB | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 8 warna | ||||
Resolusi skrin | 256px x 192px (4 warna)
128px x 192px (8 warna) | ||||
Saluran audio | 1 saluran |
Hanya 12 katrij dikeluarkan untuk konsol ini dan kesemua permainan video ini bergenre arked[1].