ATOK | |
---|---|
![]() | |
Pembangun | JustSystems |
Pelancaran pertama | 1983 |
Versi terkini/stabil | ATOK for Windows (Tech Ver.31) |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, macOS, iOS, and Android |
Pelantar | Microsoft Windows |
Jenis | Japanese input method |
Genre | editor kaedah input |
Lesen | Trialware |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
ATOK (エイトック /ˈeitokku/ atau /ˈeɪtɔːk/) ialah sebuah sistem editor kaedah input Jepun (IME) yang dihasilkan oleh syarikat JustSystems, sebuah syarikat perisian di Jepun. Sistem Editor Kaedah Input ialah kebolehan untuk menulis perkataan di dalam bahasa Jepun menggunakan ejaan fonetik dalam mana-mana papan kekunci.
ATOK ialah IME yang mempunyai pengaruh daripada sistem KTIS ( Sistem Input Pemindahan Kana - Kanji ) yang disertakan sekali dengan perisian JS-WORD, sebuah perisian pemproses perkataan bahasa Jepun untuk komputer model PC-100 pada tahun 1983, [1] tetapi ia kini menyokong pelbagai platform termasuk macOS, Windows, Android dan iOS .
Pada suatu ketika, ATOK merupakan akronim yang bermaksud Automatic Transfer Of Kana-kanji. Sekarang, ia bermakna Advanced Technology Of Kana-kanji Transfer . Ia kadangkala diambil untuk mewakili <b id="mwJQ">A</b>wa - TOKushima, yang merupakan tapak ibu pejabat JustSystems, atau Alphabet TO Kanji. [2]
Terdapat beberapa fungsi yang berbeza di antara versi untuk platform yang berbeza, dan senarai berikut adalah senarai yang tidak lengkap.
Mulai April tahun 2019, ATOK versi terkini untuk Windows ialah versi 31.1.6; macOS, versi 31.0.3; iOS, versi 1.6.2; dan Android, versi 1.8.15. [3] Sistem ini boleh dicapai oleh pengguna dan pembangun perisian melalui langganan Pasport ATOK dan langganan tahunan yang disertakan dengan Ichitaro . [4] ATOK untuk sistem Linux, OS/2, Palm OS, Pocket PC dan Windows CE tidak lagi diselenggara. [5]
KTIS dan ATOK pada asalnya merupakan komponen perisian pemproses perkataan keluaran syarikat JustSystems: Ichitaro. Ichitaro dikeluarkan pada tahun 1985 membenarkan penggunaan ATOK 4 dalam aplikasi MS-DOS lain bagi platform PC-98 . Sistem ATOK 7 telah digabungkan dengan perisian Ichitaro 4, dan tersedia sebagai produk kendiri pada tahun 1992. [6] Semasa era DOS, sistem ATOK telah tersebar dengan perisian Ichitaro walaupun terdapat saingan dari sistem daripada pesaing seperti VJE, Matsutake, dan beberapa perisian lain. Dalam Windows 3.1, yang merupakan versi runcit yang pertama untuk produk Windows Jepun telah menggabungkan kaedah input Microsoft IME (MS-IME). MS-IME 97 mengandungi peningkatan yang ketara, dan telah digabungkan dengan kotak runcit baharu untuk sistem operasi Windows 95 dan perisian Office 97 . Dengan ini, perbezaan antara sistem ATOK dan MS-IME menjadi lebih kecil. [7]
Pada tahun 2008, syarikat JustSystems memulakan perkhidmatan langganan yang dinamakan ATOK Passport. [8] ATOK 2017 ialah versi yang terakhir yang dijual secara fizikal sebagai perisian kotak. [9] ATOK versi seterusnya menggunakan sistem langganan.
Sun Microsystems menggunakan sistem ATOK sebagai kaedah input mereka apabila dijalankan menggunakan lokal Jepun untuk sistem operasi Solaris 10 dan ke atas. Hal ini meningkatkan lagi sokongan bahasa Jepun untuk syarikat Sun Microsystem yang sudah kukuh pasarannya di Jepun. [10]
Untuk sistem terbenam (untuk kegunaan pembangun perisian), syarikat JustSystems telah membangunkan +ATOK. Sesetengah telefon mudah alih keluaran Jepun, PDA, konsol permainan video ( PSP, PS3 dan Wii ), perakam video digital, sistem navigasi automotif telah disertakan sekali dengan +ATOK.