A Shop for Killers (Bahasa Korea: 킬러들의 쇼핑몰) ialah siri web beraksi 2024 Korea Selatan yang dicipta, ditulis dan diarahkan oleh Lee Kwon. Dilakonkan oleh Lee Dong-wook dan Kim Hye-jun. Ia berdasarkan dari novel The Killer's Shopping Mall ditulis oleh Kang Ji-young, berkisarkan tentang seorang gadis yang kehilangan ibu bapanya dan dibesarkan di tangan bapa saudaranya yang mengusahakan pusat beli-belah yang mencurigakan.[1] Ia disiarkan melalui Disney+ dari 17 Januari hingga 7 Februari 2024, di perkawasanan tertentu.
A Shop for Killers | |
---|---|
Genre | Aksi |
Berdasarkan daripada | The Killer's Shopping Mall oleh Kim Ji-young |
Ditulis oleh | |
Pengarah | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney+ |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | The Killer's Shopping List |
Laman sesawang |
Siri ini mengisahkan Jeong Ji-an yang menjadi sasaran pembunuh berkemahiran tinggi kerana warisan berbahaya yang ditinggalkan oleh bapa saudaranya Jeong Jin-man, yang meninggal dunia tanpa diduga. Cuba memikirkan apa yang berlaku, dia kemudian kembali ke zaman awalnya untuk mengingati apa yang diajar oleh bapa saudaranya.[3][4]
No. | Tajuk | Diarahkan oleh | Ditulis oleh | Tarikh penyiaran asal |
---|---|---|---|---|
1 | "Murthehelp" Transkripsi: "Meodeohelpeu" (Korea: 머더헬프 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 17 Januari 2024 |
2 | "Jeong Jinman, Jeong Jinman, Jeong Jinman" Transkripsi: "Jeong Jin-man, Jeong Jin-man, Jeong Jin-man" (Korea: 정진만, 정진만, 정진만 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 17 Januari 2024 |
3 | "The Strong Don't Howl" Transkripsi: "Ganghamyeon jitji an-a" (Korea: 강하면 짖지 않아 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 24 Januari 2024 |
4 | "The Shopping Mall" Transkripsi: "Syopingmol" (Korea: 쇼핑몰 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 24 Januari 2024 |
5 | "Babylon" Transkripsi: "Babillon" (Korea: 바빌론 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 31 Januari 2024 |
6 | "Jeong Jinman" Transkripsi: "Jeong Jin-man" (Korea: 정진만 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 31 Januari 2024 |
7 | "Trap" Transkripsi: "Hamjeong" (Korea: 함정 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 07 Februari 2024 |
8 | "Listen Up, Jian" Transkripsi: "Jal deul-eo, Jeong Ji-an" (Korea: 잘 들어, 정지안 ) | Lee Kwon & Noh Kyu-yeob | Ji Ho-jin & Lee Kwon | 07 Februari 2024 |
Kerjasama pengarah oleh Lee Kwon dan Noh Kyu-yeop dan kerjasama penulis oleh Ji Ho-jin ddan Lee. Disediakan oleh The Walt Disney Company Korea manakala Merrychristmas, anak syarikat A2Z Entertainment, dan Project Onion menerbitkan bersama siri ini.
Pada November 2022, Lee Dong-wook dan Kim Hye-jun dilaporkan telah dilakonkan untuk siri itu yang akan dikeluarkan pada platform OTT global. Lee dan Kim diumumkan sebagai pelakon utama siri itu pada Mei 2023. Pada Disember 2023, Seo Hyun-woo, Jo Han-sun, Park Ji-bin, Geum Hae-na, dan Kim Min telah diturunkan untuk memainkan pelbagai peranan dalam siri ini.
Siri ini telah disahkan akan dikeluarkan di seluruh dunia di Disney+ pada tahun 2024. Pada Disember 2023, Disney+ mengumumkan bahawa tarikh tayangannya ialah pada 17 Januari 2024.