Abd Aziz Kaprawi | |
---|---|
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Raja | Abu Bakar |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | 1. Abd Rahim Bakri 2. Jelaing anak Mersat |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sri Gading, Johor | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohamad Aziz (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Shahruddin Md Salleh (PH-PPBM) |
Majoriti | 5,761 (2013) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Aziz bin Kaprawi 24 Julai 1959 Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Sabariah Tokimin |
Anak | 5 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Abd Aziz bin Kaprawi (lahir 24 Julai 1959) ialah ahli politik Malaysia yang merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Sri Gading dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau berkahwin dengan Sabariah Tokimin dan mempunyai lima orang anak.
Abd Aziz telah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung pada Mei 2010. Beliau sedang memulih setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.[1]
Beliau dan isteri telah dijangkiti wabak COVID-19 dan telah dikuarantin di di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, manakala isterinya di rumah. Pada permulaannya, beliau dicadangkan oleh doktor untuk ditidurkan, namun, selepas kadar oksigen dalam badan meningkat, prosedur tersebut dibatalkan.[2]