Abdul Fatah Dukhan | |
---|---|
عبد الفتاح دخان | |
Ahli Majlis Perundangan Palestin | |
Dalam jawatan Januari 2006 – Oktober 2023 | |
Kumpulan parlimen | Perubahan dan Pembaharuan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Fatah Hasan Abdul Rahman Dukhan عبد الفتاح حسن عبد الرحمن دخان 1936 Iraq Suwaidan, Palestin Bermandat |
Mati | 11 Oktober 2023 Genting Gaza, Negara Palestin | (umur 86–87)
Parti politik | Hamas |
Tempat belajar | Universiti Kaherah |
Abdul Fatah Hasan Abdul Rahman Dukhan (Arab: عبد الفتاح حسن عبد الرحمن دخان , 1936 – 11 Oktober 2023) ialah salah seorang pengasas bersama bagi Gerakan Perjuangan Islam atau Hamas. Beliau merupakan rakan kepada Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Hamad Al-Hasanat. Beliau juga merupakan anggota Majlis Perundangan Palestin yang dipilih pada tahun 2006.[1] Beliau merupakan salah seorang warga Palestin yang dibuang ke Marj al-Zuhur, Lubnan. Beliau sepatutnya menetap di Genting Gaza, yakni di kem pelarian Nusairat.
Abdul Fatah ialah bapa kepada dua orang syahid, Tariq Dukhan dan Zaid Dukhan. Tiga orang lagi anaknya ialah Muhammad Dukhan yang pernah dipenjara, Omar Dukhan dan Bilal Dukhan.
Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 2023 berikutan sakit tua yang berpanjangan.[2]