Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman JMN; AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Krai, Kelantan | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Hatta Md Ramli |
Majoriti | 25,188 (PRU-15) 7,992 (PRU-14) |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Sultan | Sultan Muhammad V Sultan Ismail Petra |
Menteri Besar | Ahmad Yakob |
Digantikan oleh | Abdul Fattah Mahmood |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Mengkebang | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | Azizzuddin Hussein |
Digantikan oleh | Muhammad Mat Sulaiman |
Majoriti | 1,072 (PRU-13) 1,903 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Latiff bin Abdul Rahman (1971-07-07) 7 Julai 1971 (umur 53) |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Suhaila Atiqullah |
Pertalian | Abdul Basit Abdul Rahman (Abang) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai sejak 2018. Beliau juga pernah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.
Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Pondok Sungai Durian. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran di Universiti Al-Nahrain, Iraq, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Al al-Bayt, Jordan dalam bidang Tafsir.
Beliau menjadi Mudir di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian pada tahun 2000 hingga 2004. Pondok Sungai Durian merupakan pondok yang diasaskan oleh ayahandanya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Beliau telah dilantik oleh kerajaan negeri Kelantan menjadi Penyelia DUN bagi DUN Mengkebang pada 2004 hingga 2008.
Menjelang pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah menjadi calon bagi PAS untuk DUN Mengkebang. Beliau menang dalam pilihan raya tersebut. Kemudian beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2013.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2013 pula, beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di DUN Mengkebang, dan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal, 2018.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Kuala Krai dan menang.
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||