Abell 1835 IR1916

Abell 1835 IR1916 (juga dikenali sebagai Abell 1835, Galaksi Abell 1835, atau Galaksi Abell 1835 IR1916) merupakan galaksi yang menjadi calon dalam kelompok galaksi paling jauh pernah ditemukan. Galaksi ini terletak di belakang gugusan galaksi Abell 1835, dalam buruj Virgo. Ahli astronomi Perancis dan Switzerland daripada European Southern Observatory telah menemukannya buat pertama kali, termasuklah Roser Pelló, Johan Richard, Jean-François Le Borgne, Daniel Schaerer, dan Jean-Paul Kneib.