Abu Bakar Ba'asyir (dilahirkan pada Ogos 1938) adalah seorang ustazArab yang berasal dari Indonesia. Dia adalah ketua agama Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba'asyir memiliki hubungan dengan JI atau pengganas.
Ba'asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang penubuh Pondok Pesantren Islam Al Mu'min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.
Pada 3 Mac2005, Ba'asyir telah disabitkan kesalahan di atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan berkaitan dengan bom2003.
Pada 17 Ogos 2005, masa tahanan Ba'asyir dikurangkan kepada empat bulan dan 15 hari sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.
'Abu Bakar Basyir adalah perancang siri pengeboman di Republik Indonesia dan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau. Beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang Jemaah Islamiah.
Nama lainnya ialah Abu Bakar Ba'asyir, Abubakar Bashir dan Abdus Somad. Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1938 di di Jombang, Indonesia.
Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ramai warga Islam Indonesia memandang Pancasila sebagai bertentangan dengan prinsip agama Islam. Setelah rayuan, hukuman itu diringankan menjadi 15 tahun sahaja dan dikenakan tahanan dalam rumah sahaja.
1990-an Abu Bakar bekerjasama dengan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Johor yang melihat kekhalifahan Islam di Asia Tenggara dapat menyelesaikan masalah umat Islam sejagat. Abu Bakar memang menyeru kepada jihad tetapi tidak melalui aksi militan. Sementara Hambali cenderung kepada aksi militan.
1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.
Polis Malaysia yang menangkap beberapa anggota kumpulan militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang disyaki terlibat dalam gerakan militan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia . Anggota KMM mengaku Abu Bakar serbagai penggerak kumpulan itu.
1985-1999, Ustaz Basyir di Singapura dan Malaysia mengajar agama berdasarkan Al Quran dan Hadits sebulan sekali sahaja.
menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ada ulama Indonesia memandang Pancasila tidak menepati prinsip agama Islam.
Tunduk hormat kepada bendera satu perbuatan syirik. Ia jelas sebahagian gerakan Hispran (Haji Ismail Pranoto)--salah satu tokoh Darul Islam/Tentara Islam Indonesia Jawa Tengah.
menegakkan Syariah Islam di Indonesia.
menyeru perjuangan jihad di Filipina dan Afghanistan.
April 2002 Mahkamah Agung Indonesia memutuskan KH Abu Bakar Basyir tidak layak dibicarakan kerana kesalahan menentang Pancasila tahun 1985 lalu kerana melanggar Hak Asasi Manusia. Undang-Undang (UU) Nombor 11/ PNPS/1963 telah ditarik balik.
23 September 2002, Majalah TIME berjudul 'Confessions of an Al Qaeda Terrorist' melaporkan Abu Bakar Basyir sebagai perancang serangan bom Masjid Istiqlal , Jakarta , Indonesia pada 1999. Sumber TIME ialah dari CIA yang menyiasat Umar Al-Faruq , seorang warga Yaman yang ditangkap di Bogor, Indonesia.
Jun 2002 Umar Al-Faruq , 31 tahun ditangkap di Bogor dan disiasat di pangkalan udara di Bagram, Afganistan yang dijajah tentera Amerika Syarikat . Umar al Faruq mengaku :
Abu Bakar Basyir membekal dan membiayai gerakan Umar Al-Faruq.
Abu Bakar Basyir adalah orang belakang [serangan bom Masjid Istiqlal]] tahun 1999.
mengaku sebagai perancang rangkaian serangan bom, 24 Desember 2000.
1 Oktober 2002, Abu Bakar Ba'asyir menuduh majalah TIME mencemarkan nama baiknya dan menafikan mengenali Umar Al-Faruq.
11 Oktober 2002 Abu Bakar Basyir meminta polis Indonesia membawa Omar Al-Faruq ke Indonesia untuk disiasat dan didakwa atas pengakuan Umar itu yang terlibat dengan Al-Qaeda.
3 Mac 2005, Abu Bakar Basyir dihukum bersalah atas konspirasi serangan pengeboman Bali 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan terkait dengan pengeboman JW Marriott 2003. Dia dijatuhi hukuman 2 tahun penjara.
17 Ogos 2005, hukuman penjara Abu Bakar Basyir dikurangi 4 bulan dan 15 hari sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia.
Pada 9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat. Ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai menyatakan Abu Bakat terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh. Mereka merancang membunuh Presiden IndonesiaSusilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT).
.[1]