Action Point | |
---|---|
Pengarah | Tim Kirkby |
Lakon layar | |
Cerita oleh |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Michael Snyman |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 85 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $19 juta[2] |
Pecah panggung | $5.1 juta[2] |
Action Point merupakan sebuah filem komedi Amerika Syarikat tahun 2018 yang diarahkan oleh Tim Kirkby. Ia telah dibintangi oleh Johnny Knoxville dan Chris Pontius. Knoxville mendapat ilham untuk membuat filem ini setelah menonton dokumentari pendek Matt Robertson, The Most Insane Amusement Park Ever pada tahun 2013, mengenai Action Park, sebuah taman tema di New Jersey yang mana terkenal kerana reka bentuk yang teruk, tunggangan yang tidak selamat selain mengupah pekerja bawah umur dan sering di bawah pengaruh staf.[3]
Pengambaran filem ini telah dilakukan di Cape Town, Afrika Selatan dengan bajet sebanyak $19 juta.
Knoxville, dalam temubualnya bersama Vanity Fair, berkata semasa pengambaran beliau telah mengalami kecederaan lebih banyak berbanding filem-filemnya sebelum ini.[4]
Pada asalnya dikenali sebagai Action Park, filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 1 Jun 2018 setelah sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada 23 Mac dan 11 Mei 2018.[5][6]