Acuvue (dari "Accurate view") ialah jenama kanta lekap sekali guna yang dibuat di Jacksonville Florida dan Limerick berdasarkan Vistakon, anak syarikat Johnson & Johnson (J&J).
Kanta lekap Acuvue mula dihasilkan di Frontier Contact Lens Company, yang ditubuhkan di Buffalo, New York pada tahun 1959 oleh Dr. Allen Isen, George Sitterle, dan Dr. William Feinbloom.[1] Awalnya jenama ini dikenali dengan lensa torik yang sangat berjaya. Pada tahun 1962, Seymour Marco meneyrtai syarikat tersebut dan Frontier memindahkan operasinya ke Jacksonville, Florida.[2] Dengan 30 kakitangan, Frontier menghasilkan kanta lekapkeras sepanjang tahun 1970-an.