Admiral of the Navy

Insignia bagi Admiral of the Navy.

Admiral of the Navy atau Ketua Laksamana ialah sejenis pangkat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang hanya dipegang sekali dalam sejarah, oleh George Dewey. Sebagai menghargai kemenangannya dalam Pertempuran Teluk Manila pada tahun 1898, Kongres meluluskan seorang pegawai tunggal memegang pangkat Laksamana, dan menaikkan pangkat Dewey ke pangkat ini pada Mac 1899. Melalui Akta Kongress 24 Mac 1903, pangkat Dewey telah ditubuhkan sebagai Admiral of the Navy, berkuatkuasa secara retroaktif (unduran tarikh) ke Mac 1899. Teks akta tersebut dibaca seperti berikut:

Be it enacted by the Senate and the House of Representatives of the United States of America in Congress assembled, That the President is hereby authorized to appoint, by selection and promotion, an Admiral of the Navy, who shall not be placed upon the retired list except upon his own application; and whenever such office shall be vacated by death or otherwise the office shall cease to exist.

Ia turut menyatakan bahawa pangkat ini lebih kanan daripada pangkat laksamana empat bintang dan setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja British. Pangkat ini luput dengan kematian Dewey pada 16 Januari 1917.

Pangkat Admiral of the Navy dilihat sebagai pangkat enam bintang semasa Perang Dunia II, dengan penubuhan pangkat lima bintang Laksamana Armada. Pada waktu inilah Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat menyatakan bahawa versi baru pangkat laksamana armada tahun 1944 berada dibawah pangkat Admiral of the Navy kepunyaan Dewey. Semasa persediaan untuk menjajah Jepun, satu cadangan telah dibuat oleh Jabatan Tentera Laut untuk melantik Chester Nimitz ke pangkat Admiral of the Navy, atau memberikannya suatu pangkat yang setaraf. Cadangan tersebut, bagaimanapun, telah digugurkan selepas penyerahan kalah Jepun.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]