Aegisub

Aegisub
PembangunNiels Martin Hansen, Rodrigo Braz Monteiro
Pelancaran pertama4 November 2005
Versi terkini/stabil3.2.2 (7 Disember 2014; 9 tahun yang lalu (2014-12-07))
Ditulis dalamC++ (61.4%), C# (20.4%)
Sistem pengendalianMicrosoft Windows, Mac OS X, Linux and FreeBSD
PelantarMicrosoft Windows
Tersedia dalamEnglish, Czech, German, Spanish, Finnish, French, Hungarian, Italian, Japanese, Catalan, Brazilian Portuguese, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Russian and Serbian
JenisPerisian penggunaanperisian bebas
GenreSari kata (kapsyen)
Lesen3-clause BSD License
Pautan berkaitan
Tapak webaegisub.org
Repositori
Pautan lainGitHub: Aegisub
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Aegisub ( /ɛisɑːb/ ) (Jawi: ايڬيسب) adalah perisian sumber terbuka percuma rentas pelantar bagi menyunting sari kata. Diguna secara meluas dalam kalangan para penyari kata peminat (fansubber) sehingga kini, secara ringkasnya mereka membuat atau menterjemahkan sari kata secara tidak rasmi. Aegisub juga digunakan secara profesional oleh syarikat seperti Crunchyroll [1], Muse Malaysia[2], Bilibili. Ini kerana ada di antara mereka yang berasal sebagai penyari kata peminat berpengalaman yang kemudiannya ingin mencari mata pencarian. Aegisub merupakan penerus kepada SubStation Alpha (.ssa) dan Sabbu.

Aegisub telah direka untuk menentukan masa, gaya sari kata dan juga pembuatan karaoke. Format sari kata rasmi yang digunakan Aegisub adalah teks Advanced SubStation Alpha (.ass), yang menyokong penentuan kedudukan dan penggayaan sari kata yang rumit. Program ini juga menyokong format umum lain seperti SubRip. Ciri-ciri ini termasuk sokongan untuk menentukan masa untuk audio dan video, dan dapat digunakan untuk banyak ikatan pemprosesan video seperti FFmpeg dan Avisynth. Ia juga dapat diperluas dengan bahasa skrip Lua dan MoonScript. [3]

Aegisub digunakan penyari kata untuk:

  • Menterjemah
  • Menentu masa paparan sari kata
  • Menyunting
  • Mengatur huruf
  • Memeriksa kualiti
  • Memasa dan memberi kesan karaoke

Walaupun begitu, ada di antara kumpulan yang menggunakan alat atau perisian yang berbeza untuk beberapa langkah tersebut, seperti Adobe After Effect, blender dan Mocha Pro untuk mengatur huruf, penyunting teks seperti Notepad++, VSCode untuk terjemahan, Pyonfx untuk Python3 bagi atur huruf dan kesan karaoke rumit.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Peluang Pekerjaan Crunchyroll". Crunchyroll. Diambil pada 3 Februari 2020.
  2. Orsini, Lauren. "Bagaimana Peminat Amerika Mencetak Rompak Animasi Jepun Menjadi Kerjaya". Forbes. Diambil pada 14 Disember 2018.
  3. "Automasi". Panduan Pengguna Aegisub 3.2. yang telah di arkib dari yang asli pada 16 June 2014. Diambil pada 6 November 2018.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Aegisub di Wikimedia Commons
  • Aegisub wiki di Fansubbers.org
  • Saluran IRC Aegisub di Rizon.net
  1. ^ "Crunchyroll Career Opportunities". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 February 2020.
  2. ^ Irkuhs | rocket_paisen (2021-05-31), Pecah rahsia cara subber Muse MY bekerja!!! #SembangMuseMY, dicapai pada 2024-08-01
  3. ^ "Automation". User Manual Aegisub 3.2. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2014. Dicapai pada 6 November 2018.