Agama Hawaii

Tinggalan barang semahan bungkusan daun anjuang dan lei kering di Balai Cerap Haleakalā, kaki gunung Haleakalā, tengah pulau Maui

Agama Hawaii meliputi amalan dan kepercayaan anutan penduduk asli kepulauan Hawaii yang nekadewa dan juga animistik.

Ia berasal dari anutan orang Tahiti dan penduduk kepulauan Pasifik lainnya yang mendarat di kepulauan Hawaii antara tahun 500 hingga 1300 Masihi.[1] Amalan dan anutan dalam agama dipegang pulau-pulau berasingan diseragamkan setelah Raja Kamehameha I menyatukan semua pulau dalam kerajaan Hawaii diasaskan baginda.[2]

Saat ini, agama Hawaii dilindungi oleh Undang Kebebasan Beragama Penduduk Asli Amerika Syarikat tahun 1996.[3]

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Pengisahan terciptanya semesta alam dalam anutan ini dipelihara dalam suatu serapah perturunan raja bernama Kumulipo. Menurut serapah ini, dunia diciptakan berperingkat dalam 16 kala (): haiwan dan tumbuhan seperti landak laut dan rumpai laut, ikan, serta burung unggas lahir dalam tujuh kala pertama. Dewa-dewi muncul pada kala kelapan (ka wā e walu), manakala manusia lahir selepas kala kesembilan (ka wā e iwa).

Dewa-dewi

[sunting | sunting sumber]

Loka para betara dipenghului empat:[4]

  • Kāne: dewa hutan, langit dan kelahiran
  • Kanaloa: dewa lautan, kembar Kāne
  • : dewa perang
  • Lono: dewa kesuburan, pertanian dan hujan

Dewa-dewi penting lainnya adalah Laka, Kihawahine, Haumea dewi peranakan, Papahānaumoku dewi bumi, dan Pele dewi gunung berapi. Selain itu, empat puluh dewa Kāne (ke kanahā), empat ratus dewa dan dewi (ka lau), banyak sekali dewa dan dewi (ke kini akua) dan roh mati (na ʻunihipili). Makhluk halus paling rendah sekali adalah ʻaumakua, semangat pelindung keluarga yang menjelma dari roh-roh tetua yang meninggal dalam bentuk haiwan atau alam semula jadi seperti batu dan pokok.[5]

Kahuna adalah pendeta yang mengantara para betara dengan manusia biasa malah berperanan sebagai bomoh penyembuh sakit.

Kapu adalah aturan pantang larang ketat yang pernah dikenakan terhadap masyarakat Hawaii menjaga kesucian dan kekuatan semangat pembesar mahupun sesama kaum lelaki perempuan. Amalan ini diduga berasal dari Pāʻao, pemuka agama atau ketua suku dari Tahiti yang tiba di Hawaii sekitar tahun 1200.[6]

Sistem kapu dihapuskan oleh Raja Kamehameha II melalui undang-undang ʻai noa pada tahun 1819.

  1. ^ Carroll, Bret (2000). The Routledge historical atlas of religion in America. Routledge. m/s. 18–19. ISBN 0-415-92131-7.
  2. ^ "The Historical Context for Sacredness, Title, and Decision Making in Hawai'i: Implications for TMT on Maunakea" (PDF).
  3. ^ Cornell.edu. "AIRFA act 1978". Dicapai pada July 9, 2010.
  4. ^ Gutmanis, June (1983). Na Pule Kahiko: Ancient Hawaiian Prayers. Editions Limited. m/s. 4–14. ISBN 0-9607938-6-0.
  5. ^ Barrow, Leonard J. (June 1999). "'Aumakua (Guardian Ancestors) in the Context of Contemporary Hawaiian Religious Beliefs". Rapa Nui Journal: Journal of the Easter Island Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2019. Dicapai pada March 10, 2021.
  6. ^ Pukui, Nana i ke Kumu: Look to the Source, Vol. II, 1972, hal. 296

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]