Ahmad Johnie Zawawi

Ahmad Johnie Zawawi
KMN; JBS (Sarawak)
Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK)
Menyandang jawatan
13 Mei 2020
Perdana MenteriAnwar Ibrahim (November 2022-kini)
Ismail Sabri (Ogos 2021-November 2022)
Mahiaddin Yassin (Mac 2020-Ogos 2021)
MenteriAnwar Ibrahim (November 2022-kini)
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Mac 2020-November 2022)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Igan, Sarawak
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Wahab Dolah
Majoriti14,662 (PRU-15)
8,945 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Lahir (1963-06-01) 1 Jun 1963 (umur 61)
Daro, Sarawak, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikPBB
Gabungan politik
lain
BN (-2018)
GPS (2018-)
Anak3
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie Zawawi (lahir 1 Jun 1963) adalah seorang ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat untuk Igan sejak tahun 2018. Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Indah Water sejak 2020.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Lahir di Daro, beliau memperoleh ijazah sarjana muda sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1986.[1][2] Beliau lalu bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari 1988 hingga 2000 sebelum menjadi Ketua Pegawai Operasi The Sarawak Press dan Warta Distribution (2000-2004), dan juga WHS Holdings (2004-2015).[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding untuk Igan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2018 dan mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Andri Zulkarnaen Hamden.[3]

Pada 13 Mei 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi bukan eksekutif Indah Water oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai 3 anak-anak bersama isterinya.[1]

Beliau juga keturunan Melanau.[1]

  1. ^ a b c d "Pengalaman politik di Parlimen Igan aset besar Ahmad Johnie". 24 April 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  2. ^ a b "Igan MP's appointment as chairman of national GLC marks historical first". 16 Mei 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  3. ^ "Sinar Harian on Facebook". 9 Mei 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2021.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]