Dato' Paduka Ahmad Kasim DPSS, DSDK, SDK, JP (Kedah) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Didahului oleh | Tan Kee Kwong |
Digantikan oleh | Tan Yee Kew |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 2018 – 15 Ogos 2020 | |
Raja | Sultan Sallehuddin |
Timbalan | Juhari Bulat |
Menteri Besar | Mukhriz Mahathir |
Didahului oleh | Md Rozai Shafian |
Digantikan oleh | Juhari Bulat |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kedah | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Hashim Jahaya |
Digantikan oleh | Azman Ismail |
Majoriti | 7,018 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 Mac 1963 |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Paduka Ahmad Kassim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal (2008-2013). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah (2018-2020).
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Kuala Kedah | Ahmad Kasim | PKR | 35,689 | Hashim Jahaya | BN (UMNO) | 28,671 | 7,018 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Kuah | Ahmad Kasim | PKR | 3,892 | Nor Saidi Nanyan | BN (UMNO) | 10,263 | 6,371 |
Zaflee Pakwanteh | BEBAS | 117 |
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) Pakatan Harapan Kedah diketuai oleh Dato' Seri Mukhriz Mahathir berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri. PKR menang 7 kerusi, BERSATU 5 kerusi, AMANAH 4 kerusi dan DAP 2 kerusi. Mukhriz mencadangkan Ahmad Kasim sebagai calon YDP DUN Kedah manakala PAS yang menang 15 kerusi mencalonkan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi. Namun demikian, ADUN BN iaitu Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Suraya Yaacob dan Norsabrina Mohd Noor menyokong Ahmad Kasim sebagai Speaker DUN Kedah[1].