Ahmad Khatib Al-Minangkabawi ٱحمد خاطب الميننكاباوي | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 13 Mac 1916 | (umur 55)
Pekerjaan | imam, penulis, agamawan |
Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi (Arab: شيخ ٱحمد خاطب بن عبدالطيف الميننكاباوي , 26 Jun 1860 ― 13 Mac 1910)[1] adalah ulama besar asal Tanah Besar Minang yang pernah menjadi imam, khatib, dan guru besar di Masjidil Haram, sekaligus mufti Mazhab Syafie pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Meskipun Ahmad Khathib adalah seorang Muslim Sunni, dia masih berharap untuk mendamaikan sistem matrilineal di Minangkabau dengan hukum warisan yang ditentukan dalam Al-Quran. Ajaran dibawa beliau baik di Sumatera mahupun di Mekah erusaha mencenderungkan adat budaya Minangkabau agar diselarikan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunah.
Beliau mempunyai peranan penting di Makkah al Mukarramah dan di sana menjadi guru para ulama Nusantara. Bahkan, banyak pemimpin reformis Islam Indonesia belajar darinya, termasuk Ahmad Dahlan dan Hasyim Asy'ari masing-masing Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama iaitu pertubuhan Islam amat berpengaruh di rantau tersebut.[2]
Ahmad Khatib lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, pada hari Isnin 6 Dzulhijjah 1276 H (1860 Masihi), ayahnya Syaikh ‘Abdul Lathif seorang alim. Pada ketika ini beliau turut diberi gelaran "Ahmad Kecil".
Ahmad mengambil pendidikan formal secara dasar dan berlanjut ke Sekolah Raja atau Kweekschool,[3] beliau menamatkan persekolahannya tahun 1871. Di samping itu juga beliau turut mempelajari mabadi’ (dasar-dasar) ilmu agama dan hafazan al-Quran beberapa juz dari ayahnya Syaikh ‘Abdul Lathif,
Pada tahun 1287, Ahmad diajak ayahnya untuk menunaikan ibadah haji bersama di Mekah (yang pada ketika itu berada dalam jagaan kerajaan Uthmaniyah) Setelah ibadah haji selesai ditunaikan mereka, Abdul Lathif kembali ke Sumatera Barat sementara Ahmad tetap tinggal di Mekah untuk menyelesaikan hafalan Al Qurannya dan menuntut ilmu dari para ulama-ulama Mekkah terutama yang mengajar di Masjidil-Haram .
Awal berada di Makkah, beliau berguru dengan beberapa ulama terkemuka di sana seperti Sayyid Bakri Syatha, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makkiy. Banyak sekali murid Syeikh Khatib yang diajarkan fiqh Syafi'i. Kelak di kemudian hari mereka menjadi ulama-ulama besar di Indonesia, seperti Abdul Karim Amrullah ayah dari Buya Hamka; Syeikh Muhammad Jamil Jambek, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Syeikh Muhammad Jamil, Syeikh Abbas Qadhi, Syeikh Abbas Abdullah, Syeikh Khatib Ali, Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Mustafa Husein, dan Syeikh Hasan Maksum.
Syeikh Ahmad Khatib adalah tiang tengah dari mazhab Syafi'i dalam dunia Islam pada permulaan abad ke-20. Ia juga dikenali sebagai ulama yang sangat mengambil berat terhadap pencerdasan umat. Imam Masjidil Haram ini adalah ilmuan yang menguasai ilmu fiqih, sejarah, aljabar, ilmu falak, ilmu hitung, dan ilmu ukur.
Beliau dilantik menjadi imam dan khatib sekaligus staf pengajar di Masjidil Haram kerana tahap ilmu yang tinggi. Namun, sebab utama beliau dipilih sangat diselisihkan didasarkan dua riwayat yang tampaknya saling bertentangan:
Beliau meninggal dunia di Makkah hari Isnin 8 Jamadilawal 1334 H atau 13 Mac 1916 Masihi.[1]
Beliau meninggalkan tiga orang anak: anak sulungnya Abdul Karim memiliki sebuah toko buku di Mekah, anak keduanya Abdul Malik al-Khathib adalah seorang duta besar manakala anak ketiganya Syaikh Abdul Hamid al-Khathib, adalah duta besar Arab Saudi pertama untuk Pakistan.
Cucu lelakinya, Fuad Abdul Hamid al-Khathib, adalah seorang duta besar Arab Saudi, humanitarian, penulis, dan pengusaha. Dalam kapasitasnya sebagai diplomat, dia mewakili tanah airnya di Pakistan, Iraq, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Bangladesh, Nepal, dan akhirnya sebagai duta besar Saudi untuk Malaysia.
Perhatiannya terhadap undang-undang waris juga sangat tinggi. Kepakarannya dalam mawarith (hukum waris) telah membawa pembaharuan adat Minang yang simpang dengan Islam. Martin van Bruinessen mengatakan, kerana sikap reformis inilah akhirnya "al-Minangkabawi" semakin terkenal. Salah satu teguran sinis Syeikh Ahmad Khatib yang cukup keras termaktub di dalam kitab "Irsyadul hajara fi Raddhi 'alan Nashara". Dalaman kitab ini, beliau menulis sanggahan terhadap kefahaman tritunggal yang menjadi doktrin ajaran anutan Kristian yang dipandangnya sebagai konsep Tuhan yang mengaburkan.
Selain masalah teologi, dia juga pakar dalam ilmu falak. Hingga saat ini, ilmu falak untuk menentukan awal Ramadhan dan Syawal, perjalanan matahari dan jangkaan wahtu solat, gerhana bulan dan matahari, serta kedudukan bintang-bintang tsabitah dan sayyarah, temabur dan lain-lain.
Syeikh Ahmad Khatib juga pakar dalam geometri dan tringonometri yang berfungsi untuk meramal dan menentukan arah kiblat, serta berfungsi untuk mengetahui putaran bumi dan membuat kompas yang berguna apabila berlayar. Kajian dalam bidang geometri ini tertuang dalam karyanya yang bertajuk Raudat al-Hussab dan ‘Alam al-Hussab
Semasa hidupnya, beliau menulis 49 buku yang menyentuh masalah-masalah keagamaan dan kemasyarakatan; penulisan ini banyak tersebar hingga ke wilayah Suriah, Turki, dan Mesir.
Beberapa karyanya tertulis dalam Bahasa Arab dan Melayu, salah satunya adalah al-Jauhar al-Naqiyah fi al-A'mali al-Jaibiyah. Kitab tentang ilmu Miqat ini diselesaikan pada hari Isnin 28 Dzulhijjah 1303 H.
Karya lain adalah Hasyiyatun Nafahat ala Syarh al-Waraqat. Syeikh Ahmad Khatib menyelesaikan penulisan kitab ini pada hari Khamis, 20 Ramadhan 1306 H, isinya tentang usul fiqh. Karyanya yang membahas ilmu matematika dan al-Jabar adalah Raudhatul Hussab fi A'mali Ilmil Hisab yang selesai ditulis pada hari Ahad 19 Dzulqaedah 1307 H di Makkah. Kitab-kitab lain adalah Al-Da'il Masmu'fi al-Raddi ala man Yurist al-Ikhwah wa Aulad al-Akhawat ma'a Wujud al-Ushl wa al-Manhaj al-Masyru, Dhau al-Siraj dan Shulh al-Jama'atain bi Jawazi Ta'addud al-Jum'atain.
|magazine=
(bantuan).