Ahmed Patel | |
---|---|
Bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2018 – 25 November 2020 | |
Didahului oleh | Motilal Vora |
Ahli Parlimen, Rajya Sabha | |
Dalam jawatan 19 Ogos 1993 – 25 November 2020 | |
Kawasan pilihan raya | Gujarat |
Ahli Parlimen, Lok Sabha | |
Dalam jawatan 1977–1989 | |
Didahului oleh | Mansinhji Rana |
Digantikan oleh | Chandubhai Deshmukh[1] |
Kawasan pilihan raya | Bharuch |
Butiran peribadi | |
Lahir | Bharuch, Wilayah Bombay, India (kini Gujarat, India) | 21 Ogos 1949
Meninggal dunia | 25 November 2020 Gurugram, Haryana, India | (umur 71)
Kerakyatan | India |
Parti politik | Kongres Kebangsaan India (1976-2020) |
Pasangan | Memoona Patel |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Universiti Gujarat Selatan |
Ahmedbhai Mohammedbhai Patel, lebih dikenali sebagai Ahmed Patel (21 August 1949 - 25 November 2020)[2] merupakan seorang ahli politik negara India dan Ahli Parlimen daripada parti Kongres Kebangsaan India.[3] Beliau merupakan setiausaha politik kepada Presiden Kongres, Sonia Gandhi.[4][5]
Patel mewakili Gujarat untuk 8 penggal di Parlimen India; tiga penggal di dewan rendah Lok Sabha (1977 - 1989) dan lima penggal di dewan tinggi Rajya Sabha (1993 - 2020). Beliau juga merupakan bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India (2018 - 2020).
Patel lahir pada 21 Ogos 1949 di sebuah keluarga petani Bharuch, sebagai anak ketiga kepada Mohammed Ishikji Patel dan Hawaben Mohammedbhai di negeri barat India, Gujarat.[6] Bapanya merupakan pekerja sosial. Patel kemudiannya menyertai Kongres Belia, sayap pelajar bagi Kongres Kebangsaan India.[7]
Patel memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai pilihan raya tempatan di Daerah Bharuch, Gujarat pada 1976.[8]
Beliau terpilih pada tahun 1977 untuk bertanding pilihan raya bagi sidang ke-6 Lok Sabha mewakili Bharuch. Beliau kemudiannya menang dalam pilihan raya tersebut (1977) dan menang berturut-turut untuk dua penggal kemudiannya, 1980 dan 1984, dan menyambung tugas perwakilan sehingga 1989.[7]
Pada 1985, beliau telah menjadi Setiausaha Parlimen bagi Perdana Menteri Rajiv Gandhi.[9] Pada 1987, atas kapasiti beliau sebagai Anggota Parlimen, beliau telah membantu penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Narmada bagi memantau projek empangan Sardar Sarovar.[10][11] Beliau telah dilantik sebagai setiausaha Dana Jawahar Bhavan pada tahun 1988 dan berjaya menyelesaikan projek dalam tempoh masa sebelum sambutan ulang tahun kelahiran keseratus Jawaharlal Nehru.[12]
Pada 2005, Ahmed Patel telah dilantik menggangotai Rajya Sabha untuk penggal keempat beliau. Walaupun dianggap sebagai ketua strategi kepada Sonia Gandhi, beliau memilih untuk berada di luar daripada kerajaan UPA dalam sidang ke-14 dan ke-15 Lok Sabha antara tahun 2004 hingga 2014[13]. Beliau mengekalkan sikap rendah diri dan mengelak daripada media dan tumpuan awam.[14] Patel merupakan Muslim kedua yang menjadi ahli parlimen Lok Sabha di Gujarat selepas Ehsan Jafri.[15]
Beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Sonia Gandhi, presiden Kongres Kebangsaan India. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha parlimen bagi bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi pada tahun 1985. Beliau telah dilantik menjadi bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India pada 2018, menggantikan anggota kanan parti, Motilal Vora[16]
Pilihan raya terakhir beliau ialah Rajya Sabha pada 2017.[17].[18][19]
Patel berkahwin dengan Memoona Ahmed Patel sejak 1976. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[20][21] Beliau terkenal dengan sikap rendah diri dan jarang berkomunikasi dengan media.[22]
Patel meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat kegagalan berfungsi pelbagai organ berpunca daripada COVID-19. Beliau ditahan di Hospital Medanta dan ditempatkan dalam wad ICU selepas disahkan menghidap COVID-19.[23]
Kerusi dewan | ||
---|---|---|
Didahului oleh NA |
Ahli Parlimen Gujarat 1993 |
Diikuti oleh: 'kosong' |
Kerusi dewan | ||
Didahului oleh Mansinhji Rana |
Ahli Parlimen Bharuch 1977 – 1989 |
Diikuti oleh: Chandubhai Deshmukh |