"Ai no Tane (愛の種)" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Morning Musume | ||||
daripada album Morning Musume singles discography | ||||
Bahasa | Bahasa Jepun | |||
Dilancarkan | 3 November 1997 | (Jepun)|||
Tempat | Jepun | |||
Format | Album single | |||
Genre | J-pop | |||
Syarikat | zetima | |||
Penulis | Tsunku | |||
Penulis seni kata | Kenzō Saeki (en) | |||
Penerbit | Tsunku | |||
Kronologi single Morning Musume | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Ai no Tane (愛の種) merupakan single demo dari kumpulan J-pop, Morning Musume. Single ini dipasarkan pada 3 November 1997 dibawah sub-label zetima.
Lagu ini kemudian dimuatkan dalam single pertama Morning Musume, Morning Coffee, album pertama Morning Musume First Time, album kompilasi Best! Morning Musume 1 dan Versi karaoke (instrumental) untuk lagu ini juga terdapat dalam album Morning Musume Early Single Box.
Ai no Tane
Pada 1997, Sharan Q telah mencipta sebuah pertandingan mencari bakat iaitu "Josei Rokku Vōkarisuto Ōdishon" (女性ロックヴォーカリストオーディション ) dibawah rancangan Asayan. Selepas pertandingan, produser dan vokalis Sharan Q, Tsunku telah mencabar Yuko Nakazawa, Aya Ishiguro, Kaori Iida, Natsumi Abe, dan Asuka Fukuda (lima peserta yang kalah dalam pertandingan itu) untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan mengeluarkan album single, dimana sekiranya mereka berjaya menjual 50,000 unit CD, mereka akan dapat satu 'record deal'. Mereka menubuhkan kumpulan bernama Morning Musume, merakamkan lagu Ai no Tane dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.