Umum | |
---|---|
Pengarang | Imam Bukhari |
Tajuk asal | ألأدب المفرد |
Bahasa | Arab |
Genre | Kumpulan topik hadis mengenai adab |
Al-adab al-mufrad (Arab: ألأدب المفرد) ialah sebuah kitab hadis yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari, dan menjawab pertanyaan tentang penyempurnaan akhlak seseorang Muslim.[1][2][3] Kitab ini juga berisi sebahagian kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW (atsar) dan para tabi'in.[4]
Kitab ini berisi hadis-hadis nabi dan atsar para sahabat yang bertemakan adab-adab dalam Islam, seperti berbakti kepada orang tua, persaudaraan dan gaya hidup. Kitab ini memiliki 1,322 hadis, dibagikan kepada pelbagai jenis bab.
Walaupun al-Adab al-Mufrad juga merupakan karyanya yang penting, Imam Bukhari tidak mewajibkan hadis-hadis dalam al-Adab al-Mufrad memenuhi syarat yang begitu ketat seperti yang diletakkan beliau dalam al-Jami al-Sahih-nya. Namun, berdasarkan tulisan ulama terkemudian yang menjelaskan, mengulas dan/atau menelusuri serta mengelaskan sanad-sanad riwayat di dalam al-Adab al-Mufrad, kebanyakan riwayat di dalamnya diputuskan sahih atau paling tidak, hasan.[5]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan) Diarkibkan 2016-05-13 di Wayback Machine