Alī Ibn Khalaf al-Murādī (al-Andalus, kurun ke-11) ialah seorang jurutera mekanikal dan penulis manuskrip teknologi yang unik berjudul Kitāb al-asrār fī natā'ij al-afkār (Buku Rahsia-rahsia Hasil Buah Fikiran).[1] Ia disalin dan digunakan di istana Alfonso VI dari León dan Castile di Sepanyol pada kurun ke-11.[perlu rujukan]
Manuskrip tersebut memberi maklumat tentang "Jam istana dan kijang" dan banyak bentuk lain bagi jam rumit dan alat pintar. Al-Muradi sezaman dengan Abū Ishāq Ibrāhīm al-Zarqālī.[perlu rujukan]
Pada tahun 2008, Kitab al-Asrar al-Muradi diterbitkan dalam bentuk faksimili, diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis bersama teks asal bahasa Arab dan dalam edisi elektronik dengan semua mesin diterjemahkan dalam 3D oleh pusat kajian Itali Leonardo3.
Beliau juga mereka astrolab sejagat dengan bantuan al-Zarqali.[2] Rekaan al-Muradi dan al-Zarqali dimasukkan ke dalam Libros del Saber (1227) atas arahan Alfonso X dari Castile.[3]