Negara | Lubnan |
---|---|
Kawasan siaran | Serata dunia[1][2] |
Rangkaian | Jaringan Media Satelit Al Mayadeen |
Slogan | Reality As It Is |
Ibu pejabat | Beirut |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 11 Jun 2012 |
Pautan | |
Laman web | Al Mayadeen TV |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Arabsat | Channel 5C |
Eutelsat | Channel 25C |
Media penstriman | |
Siaran langsung Al Mayadeen | Pautan LiveStation |
Al Mayadeen (Arab: الميادين, lit. 'Dataran' ) ialah sebuah saluran televisyen satelit pan-Arab yang dilancarkan pada 11 Jun 2012 di Beirut, Lubnan.[3] Program utamanya ialah pemberitaan semasa. Ia mempunyai wartawan berita di kebanyakan negara Arab. Dalam pasaran televisyen berita pan-Arab, ia bersaing dengan saluran Al Jazeera dan Al Arabiya, juga bersaing dengan Sky News Arabia dan BBC Arabic Television.[4][5] Semasa pengasasannya pada 2012, kebanyakan kakitangan kanan Al Mayadeen merupakan bekas koresponden dan penyunting dari Al Jazeera. Al Mayadeen dilihat sebagai sebuah saluran pro-Hezbollah dan pro-Pemerintah Syria.[3][6][7][8][9][10][11]
Saluran ini sebahagian daripada rangkaian media satelit Al Mayadeen, yang merangkumi sebuah syarikat penerbitan, sebuah stesen radio, sebuah laman web, sebuah syarikat pengiklanan dan projek-projek berkaitan media yang lain.[12] Selain mempunyai ibu pejabat di Beirut,[13] Al Mayadeen mempunyai jaringan berita yang luas dan tiga pejabat wilayah, satu di Tunisia, kedua di Kaherah dengan tiga orang wartawan dan sebuah studio besar, dan ketiga di Teheran.[14]