Ambai-ambai | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malpighiales |
Keluarga: | Rafflesiaceae |
Genus: | Rafflesia |
Spesies: | R. hasseltii
|
Nama binomial | |
Rafflesia hasseltii |
Ambai-ambai, kerubut atau kembang pakma (Rafflesia hasseltii) ialah spesies tumbuhan parasit dalam genus Rafflesia.[1][2] Ia tempatan dari Sumatera Barat, Sumatera Tengah dan barat Borneo, dan boleh ditemukan di Taman Negara Kerinci Seblat, Indonesia.[3][4]
Suku tempatan semacam orang Asli menjual bunga ini sebagai ubatan tradisional. Pengkaji di Malaysia telah mengelar 36 ekor tikus dan menyapukan lukanya sama ada dengan serbuk bunga yang dilumatkan dalam pes hidrogel (dalam dua kepekatan), hidrogel luka komersial atau plesbo. Mereka memutuskan yang luka tikus hidup yang dicalitkan dengan bunga tersebut pulih dengan lebih baik berbanding tikus dengan plesbo, sungguhpun tiada kelainan ketara antara kepekatan bunga dengan hidrogel komersial.[5]