Andrew Lawrence Rippin (lahir 16 Mei 1950 di London, England[1]) adalah seorang cendekiawan Kanada tentang Islam.
Rippin merupakan seorang Profesor Sejarah dan Dekan Fakulti Kemanusiaan di University of Victoria, British Columbia, Kanada. Beliau merupakan penulis banyak karya tentang al-Quran dan tafsirannya, selain Muslims - Their Religious Beliefs and Practices yang popular, kini dalam edisi ketiganya (2005). Pada 2006, beliau dijadikan Felo Royal Society of Canada.