Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei


Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Diasaskan 31 Mei 1961
Bentuk kini 1 Januari 1984
Cabang khidmat Tentera Darat Diraja Brunei
Tentera Laut Diraja Brunei
Tentera Udara Diraja Brunei
Ibu pejabat Bolkiah Garison, Bandar Seri Begawan
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Menteri Pertahanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof (Menteri Pertahanan Kedua)

Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan
Usia masuk tentera 18 tahun ke atas
Sedia berkhidmat
dalam tentera
108,356 lelaki, usia 16-49,
110,153 wanita, usia 16-49
Sesuai untuk
berkhidmat
92,543 lelaki, usia 16-49,
95,301 wanita, usia 16-49
Capaian usia masuk
tentera tahunan
3,460 lelaki,
3,399 wanita
Perbelanjaan
Peratusan KDNK 4.5% (2006)
Industri
Pembekal luar  Australia
 Brazil
 Kanada
 Republik Rakyat China
 Perancis
 Jerman
 Indonesia
 Itali
 Jepun
 Korea Utara
 Korea Selatan
 Belanda
 Rusia
 Singapura
 Afrika Selatan
 Sweden
  Switzerland
 Taiwan
 United Kingdom
 Amerika Syarikat

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah ditubuhkan pada 31 Mei, 1961. Pada awalnya ia dikenali dengan nama Askar Melayu Brunei sebelum dianugerahkan gelaran "Diraja" pada 31 Mei, 1965. Ia kemudian dikenali sebagai Askar Melayu Diraja Brunei. Setelah mendapat kemerdekaan pada 1 Januari, 1984, Askar Melayu Diraja Brunei telah dinamakan semula sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei[1].

Disebabkan sejarahnya, hanya warganegara Brunei yang berbangsa Melayu (Bumiputera) boleh memasuki angkatan tentera[2]. Etnik-etnik Melayu terdiri daripada suku kaum asli Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut, dan Tutong sebagaimana ditakrifkan di dalam perlembagaan Brunei[3]. Perkhidmatan ketenteraan tidak diwajipkan kepada mana-mana penduduk tertentu dan tidak terdapat dasar ketenteraan di Brunei.

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menggunakan pelbagai jenis peralatan ketenteraan buatan luar negara, yang mana sebahagian besar dibeli dari United Kingdom, Perancis/Eropah dan Amerika Syarikat. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan pasukan bersenjata yang terbesar, yang mana terdiri daripada sepasukan kecil pasukan tentera laut dan tentera udara. Meskipun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kekurangan pengalaman bertempur, ia sering kali diatur gerak di wilayah sekitar bagi misi-misi kemanusiaan dan pengaman. Brunei juga memiliki hubungan ekstensif ketenteraan dengan Singapura.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Introduction - Royal Brunei Armed Forces Diarkibkan 2007-04-28 di Wayback Machine - retrieved 19-04-2007
  2. ^ Military Record, Brunei - retrieved 20-04-2007
  3. ^ Brunei: The Abode of Peace - retrieved 20-04-2007

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]