Anisha Rosnah | |
---|---|
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri | |
Keputeraan | Brunei | 14 November 1994
Pasangan | Pengiran Muda 'Abdul Mateen (k. 2024) |
Ayahanda | Adam Kalebic |
Bonda | Mariam Isa |
Agama | Sunni Islam |
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam (lahir 14 November 1994) adalah isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang juga merupakan putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri kedua baginda, Datin Paduka Seri Hajah Mariam Abdul Aziz. Anisha Rosnah merupakan cucu kepada Penasihat Sultan Brunei.
Beliau berasal daripada keluarga bangsawan. Datuknya merupakan penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Dato Awang Isa.[1][2][3] Ibunya ialah Siti Mariam Isa dan bapanya ialah Adam bin Abdullah (nama asal Ivica Adam Kalebic) yang juga merupakan seorang warganegara Croatia. Ibu bapa beliau sudah bercerai.[4] Beliau juga mempunyai 3 orang adik-beradik seibu dan sebapa iaitu Danial Deen Isa-Kalebic, Idris Isa-Kalebic dan Marina Isa-Kalebic. Hasil perkahwinan bapa kandungnya dengan dengan pelakon dan peguam Trudy McBride, beliau mempunyai adik-beradik sebapa antaranya Anna Maria, Jean Pierre dan Natasha.
Anisha merupakan graduan dari Universiti Bath di United Kingdom.[3] Beliau juga adalah pengasas label fesyen Silk Collective dan pengasas bersama Authentirary, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pengalaman budaya merentasi pelbagai negara, menurut artikel yang diterbitkan dalam Esquire.[5]
Gelaran hormat bagi Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Pengiran Anak Isteri |