Nama lain | Anjing pemburu berbulu kasar Istria | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Croatia | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu berbulu dawai Istria atau anjing pemburu berbulu kasar Istria[a] ialah satu baka anjing dari Croatia. Ia merupakan anjing pemburu bau berbulu kasar yang masih dibela terutamanya sebagai anjing pemburu berbanding dengan sebagai peliharaan.
Anjing baka ini boleh berbeza-beza saiz kerana anjing ini masih dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan. Maka, tekanan mungkin terletak pada prestasi berbanding dengan pada syarat penampilan spesifik. Ia berukuran seberaat 60 lb (27 kg) dan berdiri setinggi 17–24 in (43–61 cm) pada paras kelasa.
Bulu dawai baka ini tahan cuaca untuk perburuan. Lapis atas berukuran sepanjang 2–3 inci (5.1–7.6 cm) dan biasanya sekali dengan lapis bawah seperti wul. Warnanya putih dengan tanda-tanda kuning atau jingga, biasanya di telinga. Telinganya lebar dan tergantung dengan rata dan ekornya panjang menegak dan melengkung ke arah dalam.
Oleh sebab anjing pemburu berbulu dawai Istria dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan berbanding dengan sebagai pendamping, ia cenderung degil dan lebih mencabar untuk dilatih berbanding dengan baka lain.
Sungguhpun namanya menunjukkan Istria sebagai tempat asal, tempat pembentukan baka juga merupakan Pesisir Croatia, Dalmatia, Gorski Kotar, dan Lika.[1] Baka ini pertama kali mengambil bahagian dalam pertunjukan pengakuran di Vienna pada tahun 1866.
Asal usul bagi anjing pemburu berbulu dawai Istria telah dipertikaikan sejak tahun 1960-an dengan persaingan tuntutan antara Croatia dengan Slovenia. Pada tahun 2003, Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf baka ini sebagai baka yang berasal dari Croatia.[2]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu berbulu dawai Istria |