Nama lain | Anjing pemburu bersaiz sederhana Inggeris-Perancis | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis[a] atau anjing pemburu bersaiz sederhana Inggeris-Perancis[b] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang digunakan dalam perburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dihasilkan melalui penyilangan anjing pemburu Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Bahagian nama aslinya petite vénerie tidak bermaksud bahawa anjing baka ini adalah petite atau kecil tetapi bahawa ia digunakan untuk memburu buruan kecil.
Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis dihasilkan daripada silangan antara anjing pemburu lama Inggeris-Perancis dengan harrier (beagle) dan anjing pemburu Poitou, dan juga dengan anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge dan anjing pemburu biru kecil Gascogne. Anjing pemburu Perancis mempunyai sejarah sangat panjang, dengan jenis-jenis tempatan bernama yang tercatat pada abad ke-16. Tidak seperti hound lebih besar, anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis tidak diniatkan untuk pemburuan buruan besar. Ia terutamanya digunakan dalam chasse-à-tir yang melibatkan kawanan (atau kadang-kadang anjing individu) yang mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu yang menunggu.[1] Sebelum tahun 1978, baka ini dipanggil petit anglo-français ("anjing pemburu kecil Inggeris-Perancis") kerana ia merupakan anjing pemburu Inggeris-Perancis yang terkecil.
Baka ini diiktiraf di tanah airnya oleh Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis)[2] dan di peringkat antarabangsa pada tahun 1983 oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau.[3][4] Di Perancis, ia dibiakbakakan dan dibela terutamanya sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau anjing pertunjukan. Baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau-nya.[5]
Oleh sebab anjing ini merupakan anjing pemburu aktif yang biasanya dibela dalam kawanan di kawasan luar bandar, ia mungkin tidak sesuai untuk kehidupan bandar atau kehidupan keluarga. Tiada masalah kesihatan spesifik baka yang didokumenkan, namun seperti semua baka bertelinga labuh, kawasan di bawah telinga terdedah kepada perkembangan jangkitan.[6]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis |