Nama lain | Anjing penumit Ormskirk Terier Ormskirk | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penumit Lancashire[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan untuk kegunaan penggiring dan gembala lembu. Anjing penumit Lancashire disenaraikan oleh The Kennel Club sebagai baka rentan. Baka ini diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024.[1]
Lapis bulu anjing ini adalah keras dan licin dengan lapis bulu bawah yang memastikan bahawa anjing berkenaan kering dalam semua cuaca. Ia mungkin mempunyai surai kecil di sekeliling leher pada musim sejuk. Anjing ini biasanya hitam dan sawo matang,[2] tetapi hati dan sawo matang juga diiktiraf oleh The Kennel Club. Ia lebih panjang sedikit daripada ketinggian pada paras kelasa, biasanya berukuran setinggi 10–12 inci (25–30 cm) pada paras bahu dan seberat 13–18 paun (5.9–8.2 kg).[2]
Dari segi keperibadian, piawaian baka yang digunakan oleh American Kennel Club memerihalkannya sebagai anjing yang "berani, gembira", dan "penyayang terhadap pemilik".[1] Apabila gembira, anjing penumit Lancashire mungkin menggerakkan bibir untuk mengajuk senyuman manusia.[3]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 15.4 tahun — yang tertinggi dalam kajian — untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[4]
Tiga keadaan serius paling lazim yang dapat menjejaskan anjing penumit Lancashire merupakan anomali mata collie, kehelan kanta primer, dan membran pupil tegar.[5] Selain keadaan mata ini, anjing baka ini mungkin menderitai kehelan tempurung lutut.[6] Anjing penumit Lancashire ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[7]
Terdapat persetujuan umum bahawa anjing penumit Lancashire diturunkan daripada corgi Wales dan terier Manchester di England.[2][8] Baka ini telah dikenali di kaunti asalnya selama lebih daripada seratus lima puluh tahun sebagai anjing ladang tujuan umum yang mampu memburu tikus dan menggembala lembu.[8]
Gwen Mackintosh mula membiakbakakan anjing penumit Lancashire pada awal tahun 1960-an. Bersama-sama dengan penggemar lain, beliau mengasaskan Lancashire Heeler Club pada tahun 1978 dan menetapkan piawaian baka dan daftar baka. Pengiktirafan oleh The Kennel Club menyusul pada tahun 1981. Mackintosh kemudian terus berkhidmat sebagai presiden kelab itu sehingga kematian beliau pada tahun 1992.[8]
Baka ini diiktiraf sebagai baka asli rentan oleh The Kennel Club pada tahun 2006, yang bermaksud bahawa angka pendaftaran tahunan ialah 300 atau kurang untuk baka tersebut.[9] Pada tahun 2006, 173 ekor anjing penumit Lancashire didaftarkan di United Kingdom; menjelang tahun 2007, angka ini telah menurun selanjutnya kepada 146.[10] Pada tahun 2016, FCI menambahkan baka ini ke dalam senarai baka yang diterima sementara.[11] Anjing penumit Lancashire diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024[1] dan membuat penampilan julungya dalam National Dog Show anjuran AKC pada tahun itu.[3]
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid=
value (bantuan).