Annabelle's Affairs | |
---|---|
Pengarah | Alfred L. Werker |
Penulis | Clare Kummer (pementasan) Leon Gordon Harlan Thompson |
Dihasilkan oleh | William Fox William Goetz |
Dibintangi | Victor McLaglen Jeanette MacDonald Roland Young Sam Hardy |
Sinematografi | Charles G. Clarke |
Disunting oleh | Margaret Clancey |
Muzik oleh | George Lipschultz |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Fox Film Corporation |
Tarikh tayangan | 14 Jun 1931 |
Masa tayangan | 76 minit |
Negara | A.S. |
Bahasa | Inggeris |
Annabelle's Affairs merupakan filem komedi romantik Amerika Syarikat 1931 yang diarahkan oleh Alfred L. Werker serta dibintangi Victor McLaglen, Jeanette MacDonald dan Roland Young. Filem ini berdasarkan pementasan Good Gracious Annabelle oleh Clare Kummer. Ini merupakan satu-satunya filem lakonan MacDonald yang dikategorikan sebagai hilang. Meskipun mendapat pujian daripada para pengkritik filem, namun filem ini gagal mencapai pecah panggung.[1][2]
Selepas berpisah tidak lama selepas berkahwin, Annabelle tidak dapat mengetahui bagaimana rupa sebenar suaminya. Apabila mereka bertemu semula, Annabelle mendapati dirinya sudah jatuh cinta tanpa mengetahui itu adalah suaminya.