YB Dato' Anyi Ngau PSBS (Sarawak) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Johari Abdul Ghani (2023-kini) Fadillah Yusof (2022-2023) |
Didahului oleh | Baharuddin Mokhsen |
Dalam jawatan 1 Julai 2020 – 3 Januari 2022 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | |
Didahului oleh | Larry Sng |
Digantikan oleh | Baharuddin Mokhsen |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Baram, Sarawak | |
Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
Didahului oleh | Jacob Dungau Sagan |
Majoriti | 7,339 (PRU-15) 1,990 (PRU-14) |
Pengerusi Lembaga Koko Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Mei 2020 – 30 Jun 2020 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Didahului oleh | Jonathan Yasin |
Digantikan oleh | Ali Akbar Gulasan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | s. 1958 (umur 65–66) Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Demokratik Progresif |
Gabungan politik lain | BN (-2018) GPS (2018-) |
Saudara | Roland Engan (anak saudara) |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Dato' Anyi Ngau (lahir c. 1958) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi LADA kali kedua dan Ahli Parlimen Baram.
Beliau memulakan kerjaya politiknya tatkala beliau bertanding untuk Baram dan dipilih pada pilihan raya 2013.[1] Beliau dicalonkan sekali lagi untuk kawasan yang sama pada pilihan raya 2018, walaupun ada desas-desus bahawa seorang calon langsung dari Barisan Nasional (BN) akan dicalonkan.[2] Beliau lalu menang lagi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, yang juga anak saudaranya,[3] dengan majoriti 1,990 undi.[4]
Pada Mac 2020, sebaik sahaja Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mencalonkan salah seorang Ahli Parlimen Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, meskipun Tiong menolak tawaran tersebut.[5][6] Selepas kejadian itu, terdapat spekulasi bahawa Ngau, Ahli Parlimen PDP yang lain, bakal menjadi sebagai pengganti, tetapi tidak pernah terjadi akhirnya.[7] Jawatan itu lalu diambil oleh Ti Lian Ker dari Persatuan Cina Malaysia (MCA).[8] Ngau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia pada 20 Mei, menggantikan Jonathan Yasin.[9][10] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia pada 1 Julai.[11][12]
Ngau berketurunan Kenyah dan berkelulusan Universiti Sains Malaysia (USM).[7]