Mr. Assaat Datuk Mudo (lahir di Dusun Pincuran Landai, Kanagarian Kubang Putih, Banuhampu, Agam, Sumatera Barat, 18 September 1904 – meninggal di Jakarta, 16 Jun 1976 pada umur 71 tahun) adalah tokoh pejuang Indonesia, pemangku jabatan Presiden Republik Indonesia pada masa pemerintahan Republik Indonesia di Yogyakarta yang merupakan sebahagian daripada Republik Indonesia Syarikat (RIS).
Assaat belajar di sekolah agama "Adabiah" dan MULO Padang. Selanjutnya ke School tot Opleiding van Inlandsche Artsen Jakarta. Merasa tidak sesuai menjadi seorang doktor, dia keluar dari STOVIA dan meneruskan ke AMS (SMU sekarang). Dari AMS, Assaat melajutkan pelajarannya ke Rechts Hoge School (Sekolah Hakim Tinggi) juga di Jakarta.
Mr. Assaat berkahwin dengan Roesiah, dari Sungai Pua di Rumah Gadang Kapalo Koto pada 12 Jun 1949, dan dikurniai dua orang putera dan seorang puteri.
Ketika menjadi mahasiswa RHS, ia memulakan berkecimpung dalam gerakan kebangsaan, dalam gerakan pemuda dan politik. Saat itu Assaat giat dalam pertubuhan-pertubuhan pemuda "Jong Sumatranen Bond". Karier politiknya makin menanjak dan berjaya menjadi Pengurus Besar "Perhimpunan Pemuda Indonesia". Ketika Perhimpunan Pemuda Indonesia menyatukan diri dalam "Indonesia Muda", ia terpilih menjadi Bendahara Pengerusi Besar "Indonesia Muda".
Dalam kedudukannya sebagai mahasiswa, Assaat masuk ke dalam politik "Parti Indonesia" atau Partindo. Dalam parti ini, Assaat bergabung dengan pemimpin Partindo seperti: Adenan Kapau Gani, Adam Malik, Amir Sjarifoeddin, dll. Kegiatannya di bidang politik pergerakan kebangsaan, diketahui oleh pengajar dan pihak Belanda, sehingga dia tidak diluluskan walau sudah beberapa kali mengikuti ujian akhir. Tersinggung atas perlakuan itu, dia memutuskan meninggalkan Indonesia pergi ke Belanda. Di Belanda dia memperoleh gelar "Meester in de Rechten" (Mr) atau Sarjana Undang-undang.
Sebagai seorang non-kooperator terhadap penjajahan Belanda, sekembalinya ke tanah air pada tahun 1939 Mr. Assaat berpraktik sebagai peguam hingga masuknya Jepun pada tahun 1942. Di zaman Jepun beliau dilantik sebagai Camat Gambir, kemudian Wedana Mangga Besar di Jakarta.
Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat (KNIP) dan Badan Pekerjanya (BP-KNIP) pada masa revolusi dua kali mengadakah hijrah. Kerana situasi dianggap terlalu riskan, dan agar Revolusi Indonesia tetap berjalan. Berkedudukan awal di Jakarta, dengan tempat bersidang di bekas Gedung Komedi (kini Gedung Kesenian Jakarta) di Pasar Baru dan di bangunan Palang Merah Indonesia di Kramat Raya. Sekitar tahun 1945 KNIP dipindahkan ke Yogyakarta. Kemudian pada tahun itu pula, pindah ke Purworejo, Jawa Tengah. Sampai saat situasi Purworejo dianggap kurang selamat untuk kedua kalinya KNIP hijrah ke Yogyakarta. Pada saat itu Mr. Assaat duduk sebagai ahli sekretariatnya. Tidak lama kemudian dia dilantik menjadi ketua KNIP dan BP-KNIP.
Tahun 1946-1949 (Disember) ia menjadi Ketua BP-KNIP (Badan Pekerja Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat). Ia terpilih menjadi ketua KNIP terkini. Hingga KNIP dibubarkan, kemudian ia ditugaskan sebagai Pemangku Presiden RI di bandar perjuangan di Yogyakarta.
19 Disember 1948 Belanda melancarkan Agresi Tentera II. Mr. Assaat ditangkap Belanda bersama Bung Karno dan Bung Hatta serta pemimpin Republik yang lain. Kemudian mereka di singkan di Manumbing di Pulau Bangka.
Disember 1949 - Ogos 1950, Mr.Asaat menjadi Acting Presiden Republik Indonesia di Yogyakarta. Dengan terbentuknya RIS (Republik Indonesia Syarikat), jawatannya sebagai Pemangku Presiden pada Ogos 1950 selesai, demikian juga jawatannya selaku ketua KNIP dan Badan Pekerjanya. Sebab pada bulan Ogos 1950, negara-negara bahagian RIS melebur diri dalam Negara Kesatuan RI. Saat menjadi Acting Presiden RI, Assaat menandatangani statuta pendirian Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta.
Setelah pindah ke Jakarta, Mr. Assaat menjadi ahli parlimen (DPR-RI), hingga duduk dalam Kabinet Natsir menjadi Menteri Dalam Negeri (September 1950 hingga Mac 1951). Kabinet Natsir bubar, ia kembali menjadi ahli Parlimen.
Pada tahun 1955 beliau berkhidmat sebagai formatur Kabinet bersama Soekiman Wirjosandjojo dan Wilopo untuk mencalonkan Bung Hatta sebagai Perdana Menteri. Kerana waktu itu terjadi ketidakpuasan daerah terhadap beleid (polisi) pemerintahan Pusat. Daerah-daerah menyokong Bung Hatta, tetapi usaha tiga formatur tersebut menemui kegagalan, kerana secara formal, ditolak oleh Parlimen.
Ketika Presiden Soekarno menjalankan Demokrasi Terpimpin, Assaat menentangnya. Secara peribadi Bung Karno tetap dihormatinya, yang ditentangnya adalah politik Bung Karno yang seolah-olah condong ke sayap kiri Parti Komunis Indonesia.
Mr. Assaat merasa terancam, kerana Demokrasi Terpimpin adalah kediktatoran terselubung, ia selalu diawasi oleh intel dan PKI. Dengan berpura-pura akan berbelanja, ia bersama keluarganya melarikan diri dengan berturut-turut naik becak dari Jl. Teuku Umar ke Jl. Sabang, dari sana dilanjutkan menuju Stasion Tanah Abang.
Mr. Assaat beserta keluarga berjaya menyeberang ke Sumatera. Berdiam beberapa hari di Palembang. Ketika itu di Sumatera Selatan sudah terbentuk "Dewan Gajah" yang dipimpin oleh Letkol Barlian. Di Sumatera Barat, Letkol Ahmad Husein membentuk "Dewan Banteng". Kol. Simbolon mendirikan "Dewan Gajah" di Sumatera Utara, sementara Kol. Sumual membina "Dewan Manguni" (Burung hantu) di Sulawesi.
Dewan-dewan tersebut bersatu menentang Sukarno yang dipengaruhi oleh PKI. Terbentuklah PRRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia). Assaat yang ketika itu baru tiba di Sumatera Barat bergabung dengan PRRI. Kemudian berkeliaran di hutan-hutan Sumatera, setelah Pemerintah Pusat menggempur kekuatan PRRI.
Ketika berada di hutan-hutan Sumatera Barat dan Sumatera Utara, Mr. Assaat sudah merasa dirinya sering diserang sakit. Dia ditangkap, dalam keadaan lemah dan menjalani "hidup" di dalam penjara "Demokrasi Terpimpin" selama 4 tahun 1962-1966. Ia baru keluar dari tahanan di Jakarta, setelah munculnya Orde Baru.
Pada tarikh 16 Jun 1976, Mr. Assaat meninggal di rumahnya yang sederhana di Warung Jati, Jakarta Selatan. Mr. Assaat gelaran Datuk Mudo dihantar oleh teman-teman seperjuangannya, sahabat, sahabat handai dan semua keluarganya. Dia dihormati oleh negara dengan kebesaran tentera.
Bagi orang-orang yang mengenalinya Asaat adalah peribadi yang sederhana. Ketika menjadi Pemangku Presiden, menurut akhbar, beliau tidak mahu dipanggil Paduka Yang Mulia. Lebih memilih panggilan Saudara Acting Presiden, yang menjadi agak canggung pada waktu itu. Akhirnya Assaat bilang, panggil saja saya "Bung Presiden".
Assaat bukan ahli pidato, dia tidak suka banyak bicara, tetapi segala pekerjaan dapat diselesaikan dengan baik, semua rahsia negara dipegang teguh.
Beliau taat melaksanakan ibadah, tak pernah meninggalkan solat lima waktu. Dan adalah pemimpin yang sangat menghargai waktu, seperti juga Bung Hatta.