Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia Singapura Brunei |
Slogan | Dunia Hiburan Anda (1996–2003) |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Induk | Astro |
Orang penting | Idlan Zahari Pengurus Saluran Astro Ria |
Saluran kembar | Astro Prima Astro Oasis Astro Warna Astro Citra Astro Premier Astro Rania Astro Aura |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 Jun 1996 (SD) 29 Mei 2015 (HD) 14 Januari 2023 (HD) |
Ditutup | 12 April 2021 (SD) 1 April 2022 (HD) |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 104 (HD) |
NJOI | Saluran 104 (HD) |
IPTV | |
Singtel TV | Saluran 608 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand |
TV Malaysia Live Online | Tonton secara langsung |
Astro Ria (awalnya menggunakan nama Ria hingga Oktober 2003) merupakan saluran televisyen aneka Melayu yang beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Cogan kata dari Astro Ria adalah Dunia Hiburan Anda. Ia juga merupakan saluran pertama Astro yang melayang sayapnya ke Singapura menerusi platform Singtel TV, perkhidmatan IPTV Singapore Telecommunications.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Astro Ria melancarkan siaran perdana pada tanggal 1 Jun 1996 jam 9:00 pagi serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Astro Vaanavil dan Astro Wah Lai Toi setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Ria menggunakan nama panggilan Ria hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro. Cogan kata utama saluran televisyen ini ialah Dunia Hiburan Anda salah satu elemen dari semua dunia hiburan untuk keluarga di rumah dipertimbangkan oleh kaedah saluran ini. Program televisyen pertama Astro Ria berbentuk permainan dengan kata-kata misteri dan hadiah jutaan ringgit serta sebuah kereta bertajuk Roda Impian sehingga lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an, menonton filem Melayu klasik masa dulu sejarah dari era 50-an hingga 60-an berupa hitam-putih, rancangan permainan atau kuiz, kanak-kanak, dokumentari dan sukan dalam Bahasa Melayu.
Pada 6 Mei 2002, Astro Ria telah melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg RIA News yang pada awalnya adalah versi bahasa Melayu bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam.Hos pertama ialah Amir Mahmood Razak, yang akhirnya turut muncul untuk versi Inggeris. Rancangan ini diterbitkan oleh Amy Mahadi.
Pada Jun 2003, Astro Ria melancarkan program berdasarkan siri TV Mexico, La Academia, bertajuk Akademi Fantasia. Peraduan itu mempertandingkan 12 penyanyi untuk menjadi pemenang. Rancangan ini menjadi begitu popular di Malaysia dan Brunei sehingga versi spin-off dibuat di Indonesia dan Thailand. Musim kedua telah dicipta, membolehkan penonton Brunei untuk mengundi juga. Pada musim ketiga, 14 peserta dan bukannya 12 peserta asal bersaing untuk pertandingan itu dan pemenang, Mawi serta-merta menjadi selebriti muzik. Musim keempat bermula pada Mei 2006. Selepas 13 tahun rancangan ini bersiaran, Akademi Fantasia telah rasmi ditamatkan penyiarannya di Astro Ria pada 9 Oktober 2016 dan digantikan oleh Big Stage pada 5 Ogos 2018.
Astro Ria turut menganjurkan pelbagai acara tahunan berprestij dalam dunia hiburan seperti siaran Anugerah Era (Anugerah MeleTOP Era), Festival Filem Malaysia, Anugerah Siri Angkasa dan juga Siaran Awam UMNO yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTCKL).
Pada awal tahun 2008, Astro Ria muncul buat pertama kali di telefon bimbit iaitu Astro Ria Mobile. Anda boleh menikmati akses melalui Astro Mobile TV dan Astro Ria Plus yang dilancarkan khusus sebelum menyambut Aidilfitri. Astro Ria mempersembahkan program istimewa yang lebih menghiburkan dan mesra ukhwah di hari raya Aidilfitri. Anda juga boleh menonton penstriman langsung secara premium di aplikasi telefon pintar dan tablet PC Astro On-The-Go.
Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Berita Astro. Pada 15 April 2007, Berita Astro telah dijenamakan semula sebagai Berita Bernama. Astro News menghentikan pengeluaran pada penghujung Januari 2007 dan seterusnya melancarkan bahagian berita baharu yang mana Astro Awani telah dilancarkan pada September 2007. Rancangan berita utamanya Sinar Awani turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 20:00 MST. Berita Astro dan Berita Bernama ialah rancangan berita waktu perdana semasa ia dalam siaran sebelumnya ehsan Bernama. Singtel TV sedang menyiarkan saluran ini di Saluran 608 kerana Singtel TV telah menggunakan 3 digit sejak pelancaran Saluran Antarabangsa FOX melalui Singtel TV.
Pada 10 November 2023, Astro Ria telah rasmi melancarkan rancangan personaliti Hero dan Dewi yang pertama di Malaysia dikenali sebagai HeroDewi Remaja. rancangan itu disiarkan pada pukul 10:00 malam pada hari Jumaat dengan Episod Akhir pada 30 Disember 2023. rancangan ini diterbitkan bersama oleh Astro sendiri kerjasama dengan majalah Nu Ideaktiv dan Majalah Remaja.[1]
Pada 16 September 2024, Astro Ria & Wonda bergabung menjadi Wonda Ria hanya dua hari sekali dari 16 September 2024 sampai 17 September 2024 sempena menyambut Hari Malaysia ke-61.
Selain Astro Ria Plus, pada 7 Mei 2019, Astro Ria telah mempersembahkan program blok televisyen yang menyiarkan nama Ria X, rangkaian blok televisyen daripada Astro Ria yang memuatkan siaran bual bicara dan siri televisyen dalam menyambut bulan suci Ramadan dan Aidilfitri. Ria X dengan kerjasama kumpulan saluran televisyen berbahasa Melayu iaitu Astro Ria, Astro Prima, Warna dan Naura (telah rasmi ditamatkan pada 1 Februari 2022).
Astro Ria bersiaran buat pertama kali dalam format kualiti HD untuk siaran langsung terutama Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kelapan di Saluran 124 dan Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kesembilan dan Mari Menari di Saluran 188 (Astro B.yond). Selepas itu, pada 29 Mei 2015, Astro Ria dengan format HD akan ditayangkan di Saluran 123 berjudul Astro Ria HD dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby 5.1.
Pada mulanya, Astro Ria menekan butang nombor saluran 3 pada alat kawalan jauh pegang tangan yang sepadan dengan satu senarai kedudukan. Tetapi kemudian nombor ini bertukar kepada 3 digit dan namanya ialah 104 buat kali pertama dengan format SD.
Setelah saluran pop-up, Astro Ria akan dikontrakan kerjasama dengan produk kopi pertama di Malaysia, Wonda kepada dijadikan saluran istimewa bertajuk Astro Wonda Ria mengudara selama dua hari berturut-turut dari 16 September 2024 sampai 17 September 2024. Awalnya iklan produk Wonda di Astro Ria dipakai saat rehat iklan dan sebelum kembali ke rancangan tersebut.
Astro Ria menggunakan kata "Ria". Ria ialah simbolik yang bermaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan juga dikenal sebagai "riang ria" untuk menghibur rancangan dengan penyiar dan artis-artis idola yang menarik.
Astro Ria menggunakan kata Ria ialah simbolik dimaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan merupakan saluran hiburan bermacam-macam untuk keluarga.
Pada Oktober 2003, Astro Ria secara rasminya telah bertukar nama dan logo Baharu telah digunakan dilengkapi dua segi empat tepat dan garis "wave curve" di tengahnya dan digayakan astro RIA warna putih.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Ria:
Semasa bulan Ramadan Astro Ria akan menyiarkan Azan Subuh dan Azan Maghrib sahaja.
Berikut ini adalah senarai logo Astro Ria:
Intisari rancangan Astro Ria turut diletakkan di akhbar tempatan, satu-satunya saluran berbayar di Malaysia yang sedemikian.[3][4][5][6][7][8][9]