Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia Singapura |
Slogan | Dunia Tanpa Tekanan Ingat Komedi, Ingat Astro Warna (1 Jun 2009 - 11 Mei 2017) |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Induk | Astro |
Saluran kembar | Astro Ria Astro Prima Astro Oasis Astro Citra Astro Rania Astro Aura Astro Ceria |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 Jun 2009 (SD) 11 Mei 2017 (HD) |
Ditutup | 12 April 2021 (SD) 1 April 2022 (HD) |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 107 (HD) |
NJOI | Saluran 107 (HD) |
IPTV | |
StarHub TV | Saluran 118 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand |
Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang bermula pada 1 Jun 2009 dalam pakej Mustika (kini bergabung ke Base Pack) yang dikendalikan oleh Astro Malaysia. Saluran bebas tekanan 24 jam ini menggabungkan komedi, sitkom, drama-drama ringan, hiburan/rancangan variasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia juga merupakan saluran pertama Astro yang disiar melalui StarHub TV di Singapura bersama Astro Sensasi.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Warna:
Pada tanggal 1 Jun 2009, Astro Warna dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 132.
Pada tanggal 11 Mei 2017, Astro Warna dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 124.
Pada tanggal 1 April 2020, Astro Warna akan diubah nombor lagi menjadi saluran 107 untuk siaran format HD dan saluran 127 untuk siaran format SD.
Pada 12 April 2021, Astro Warna telah bersiaran menerusi saluran 107 (HD) dan saluran 127 (SD) telah rasmi ditamatkan.
Sebelum ketibaan saluran Astro Warna yang mempunyai saluran HD sendiri, rancangan-rancangan Astro Warna seperti Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Karoot Komedia X dan banyak lagi disiarkan di Astro Mustika HD sehingga tahun 2017. Pada 11 Mei 2017, Astro Warna memiliki saluran HD sendirinya di saluran 124 dan pertama kali menyiarkan rancangan Konsert Komedi, Super Spontan Superstar 2017 dan acara berprestij seperti Maharaja Lawak Mega 2018 yang bersiaran secara langsung. Astro Warna HD dipindahkan ke saluran 107 (nombor dahulu NTV7) pada 1 April 2020 untuk melariskan saluran HD dan pek.
Lawak Siang Malam Warna merupakan sebuah blok percubaan bermula pada 25 April 2014, jam 10 Malam bertempatan dengan rancangan pertama iaitu Skool Of Lawak dan ia diteruskan dengan pengisian rancangan popular dari Astro Warna secara langsung dari jam 4 pagi sehingga 10 malam pada 26 April 2014 Sabtu pukul 10 malam untuk direkodkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai Komedi 24 Jam Tanpa Henti.
3 Budak Botak Dua Hari Di Hari Raya
Bil | Judul | Tarikh Tayangan | Pengarah | Pelakon Utama | Lagu Tema | Bilangan Episod | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun 2020 | |||||||
1. | Potong | 29 Disember 2020 | Dato' Jurey Latiff Rosli | Adinda - Hazama | 18 Episod | ||
2. | Kalau Dah Berbini |
|
13 Episod |