Astrositoma sel gergasi subependimal | |
---|---|
Astrositoma sel gergasi subependimal | |
Pengkhususan | Neuro-onkologi |
sunting |
Astrositoma sel gergasi subependimal (dari bahasa Inggeris: subependymal giant cell astrocytoma ; disingkat menjadi SEGA, SGCA, atau SGCT) merupakan barah otak astrostik gred rendah jenis astrositoma.[1] Astrositoma sel gergasi subependimal muncul di dalam bahagian ventrikel otak. Penyakit ini kerap dikaitkan dengan sklerosis tuberus. Walaupun ia merupakan barah gred rendah, lokasi yang terkena barah berpotensi menghalang ventrikel dan membawa kepada keadaan hidrosefalus.
Mangsa yang menghidap penyakit astrositoma sel gergasi subependimal mungkin tidak mengalami gejala jika aliran cecair serebrospinal (CSF) yang sentiasa terbuka. Halangan aliran cecair serebrospinal mampu mengakibatkan gejala yang berkaitan dengan peningkatan tekanan oleh cecair tersebut. Mangsa akan sakit kepala, berasa loya dan hendak muntah, menjadi lesu, penglihatan menjadi kabur atau berganda iaitu diplopia, sawan yang baharu atau lebih teruk serta perubahan personaliti mangsa yang menhidap.[2]