Atef Abu Saif | |
---|---|
عاطف أبو سيف | |
Menteri Kebudayaan Palestin | |
Memegang jawatan 2019 | |
Presiden | Mahmoud Abbas |
Perdana Menteri | Mohammad Shtayyeh |
Didahului oleh | Ehab Bessaiso |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1973 (umur 50–51) Kem pelarian Jabalia, Genting Gaza\ |
Pendidikan | |
Pekerjaan |
|
Atef Abu Saif (lahir 1973) ialah seorang ahli politik dan penulis Palestin.[1] Buku beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan tulisannya telah diterbitkan dalam The New York Times, The Guardian, Guernica, dan Slate. Beliau berkhidmat sebagai jurucakap Fatah dan Menteri Kebudayaan Palestin sejak 2019.
Abu Saif dilahirkan di kem pelarian Jabalia di Genting Gaza. Beliau belajar di Universiti Birzeit dan Universiti Bradford sebelum melanjutkan pengajian kedoktoran falsafah (Ph.D) di Institut Universiti Eropah di Florence.[2]
Sejak kemunculan sulung sasteranya pada akhir 1990-an, Abu Saif telah menulis beberapa novel dan koleksi cerpen. Novelnya Hidup Tergantung (2014, Arab: حياة معلقة ) telah disenarai pendek untuk Hadiah Buku Arab 2015. Beliau menerbitkan lima novel lain: Bayangan dalam Ingatan (1997, Arab: ظلال الذاكرة ), Hikayat Malam Menuai (1998, Arab: حكاية ليلة سامر ), Bebola Salju (2000, Arab: كرة الثلج ), Anggur Masam Syurga (2003, Arab: حصرم الجنة ), dan Jangan Lintas Jalan (2019, Arab: مشاة لا يعبرون الطريق ). Selain itu beliau menerbitkan dua koleksi cerpen: Semuanya Seperti Biasa (Arab: الأشياء عادية جدا ) dan Ceritera dari Kala Gaza (Arab: قصص من زمن غزة ). Abu Saif menyunting juga kumpulan cerpen dari Gaza dalam bahasa Inggeris bertajuk The Book of Gaza, yang turut memuatkan salah satu cerpennya sendiri. Ia diterbitkan oleh Comma 2014. [3]
Hidup Tergantung diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada musim luruh 2016 oleh Bloomsbury.[perlu rujukan]
Karya beliau tentang konflik Gaza 2014 diterbitkan dalam bahasa Inggeris di bawah tajuk The Drone Eats with Me: Diaries from a City Under Fire, dengan kata pengantar oleh Noam Chomsky.[4] Petikan daripada diari tersebut telah muncul dalam penerbitan Barat seperti Slate, Guernica, The Guardian dan The New York Times. Diari tersebut terbit di Jerman pada 2015 di bawah tajuk Frühstück mit der Drohne, oleh Unionsverlag.[5]
Novel 2019 karya Abu Saif Jangan Lintas Jalan adalah novel pertama dari Gaza yang diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani dan diterbitkan di Israel. [6]
Kiriman diari Abu Saif yang ditulis semasa melawat Gaza semasa perang Israel-Hamas 2023 diterbitkan dalam majalah New York Times dan Slate[7][8] Ia akan diterbitkan sebagai jilid terkumpul dalam bahasa Inggeris, bertajuk Usah Pandang Yang Tersisa: Sebuah Diari Penghapusan Bangsa (bahasa Inggeris: Don’t Look Left: A Diary of Genocide ), pada Februari 2024. [9]
Pada 5 Februari 2018, Suruhanjaya Penerangan, Kebudayaan, dan Ideologi Fatah melantik beliau sebagai jurucakap Fatah.[10] Sejak 2019, beliau telah menjadi Menteri Kebudayaan di Pihak Berkuasa Palestin . [6]
Pada bulan Mac 2019, agensi berita Palestin Wafa menerbitkan gambar yang menunjukkan Saif, berbalut dan terikat, berpakaian berwarna darah dan berbaring di katil hospital. Wafa berkata Saif telah dipukuli kerana Hamas menyerang penunjuk perasaan dan wartawan; penunjuk perasaan berada di jalanan untuk menuntut keadaan hidup yang lebih baik.[11]
<ref>
tidak sah, nama "Saab" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza