Avram "Avi" Glazer merupakan salah seorang ahli keluarga Glazer, di mana beliau adalah anak lelaki kepada Malcolm Glazer, yang mengawal syarikat First Allied Corporation, Tampa Bay Buccaneers NFL
Avram Glazer telah dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan merupakan anak kepada Linda dan Malcolm Glazer, jutawan dan ahli perniagaan Amerika.[1][2] Glazer menerima Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Washington di St. Louis pada 1983 dan bergraduan daripada Kolej Undang-undang Washington. Beliau juga membuat pengajiannya di Universiti Peking dan Universiti Fudan, Shanghai.
Avram Glazer kini merupakan pengerusi bersama dalam lembaga pengurusan Manchester United bersama-sama dengan saudara lelakinya, Joel Glazer.[3] Beliau juga adalah bekas pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) di Zapata Corporation,[4] di mana syarikat itu telah diasaskan oleh George H. W. Bush (Presiden Amerika Syarikat ke-41). Glazer turut pernah memegang jawatan sebagai pengerusi dan CEO di Safety Components International dan Omega Protein Corporation serta ahli lembaga pengarah Specialty Equipment Corporation.
Jawatan perniagaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sir Roy Gardner |
Pengerusi Manchester United F.C. 2005– bersama Joel Glazer (2005–) |
Pemegang jawatan kini |