Azman Nasrudin

Azman Nasrudin
DSSS, PJK (Kedah)
Azman pada 2024
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Padang Serai, Kedah
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Karupaiya Mutusami
Majoriti16,260 (PRU-15)
Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Makanan,
Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Pengangkutan
dan Hal Ehwal Masyarakat India
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
20 Mei 2020 – 12 Ogos 2023
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Lunas
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 2023
Didahului olehMohd Razhi Salleh
Digantikan oleh Khairul Anuar Ramli
Majoriti
Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Insan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020
Pengerusi Jawatankuasa Industri Utama
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
1 Ogos 2018 – 20 Mei 2020
Maklumat peribadi
Lahir (1972-04-11) 11 April 1972 (umur 52)
Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Parti politik PKR (hingga 2020)
Bebas (2020)
BERSATU (sejak 2020)
PasanganSiti Hajar Abdullah
Anak5
Tempat belajarUniversiti Sains Malaysia (BA)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanGuru

Yang Berhormat Dato' Azman Nasrudin (lahir 11 April 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Azman bin Nasrudin dilahirkan pada 11 April 1972 di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Agama Al-Mashoor dan SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar (STAR ​​Alor Setar). Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bagi sijil Diplomanya. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) (Sejarah dan Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia (USM).[2]

Kerjaya perguruan

[sunting | sunting sumber]

Azman berkhidmat sebagai guru sekolah selama 22 tahun.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[3]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[3]

Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[4]

Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[5] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[6] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[7] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[8][9]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Padang Serai Azman Nasrudin PN (BERSATU) 51,637 Sofee Razak PH (PKR) 35,377 16,260
Sivarraajh Chandran 2,983
Ananda Ak BEBAS (KUDA) 846
Hamzah Abd Rahman GTA (PUTRA) 424
Mohd Bakhri Hashim WARISAN 149

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Lunas Azman Nasrudin PH (PKR) 23,904 Ahmad Taufiq Baharum PAS 10,091 13,813
M. Thuraisingam BN (MIC) 7,489
2013 Azman Nasrudin PKR 21,670 Ananthan Somasundaram BN (MIC) 12,586 9,084
R. Vasanthi BEBAS 406
Preba KITA 71

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Azman telah berkahwin dengan Siti Hajar Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak.

Azman yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari dan menjadi punca penyebaran koronavirus di kawasan tersebut[10][11][12].

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  •  Kedah
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) - Dato' (2022)
  1. ^ a b c Adie Suri Zulkefli; Embun Majid; Suzalina Halid (22 Mei 2018). "Amiruddin ketuai EXCO Kedah angkat sumpah jawatan". BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  2. ^ "AZMAN NASRUDIN". PRU di Sinar. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  3. ^ a b "N34 Lunas: P17 - PADANG SERAI". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  4. ^ Roslinda Hashim (2 Mac 2020). "Keluar PKR hanya spekulasi: Exco Kedah". Sinar Online. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  5. ^ "2 Adun PKR keluar parti, Kedah jatuh ke tangan PN". Malaysiakini.com. 12 Mei 2020. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  6. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "PN Kedah miliki majoriti mudah bentuk kerajaan baharu". BH Online. Foto oleh Amran Hami. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  7. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Nor Farhani Che Ad (12 Mei 2020). "ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin". myMetro. Foto oleh NSTP. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  8. ^ M Hifzuddin Ikhsan; Noorazura Abdul Rahman (20 Mei 2020). "10 EXCO Kedah angkat sumpah". BH Online. Foto oleh BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  9. ^ Abd Hadi Che Awang (20 Mei 2020). "10 Exco Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  10. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/10/02/kedah-exco-member-azman-nasrudin-tests-positive-for-covid-19
  11. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2020/10/628800/teacher-down-covid-19-sk-permatang-janggus-close-8-days
  12. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/626188/guru-positif-covid-19-sk-permatang-janggus-ditutup-metrotv

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]