Bahagian Kuching

Bahagian Kuching
Bahagian Kuching yang terletak di Malaysia Timur
Bahagian Kuching
Bahagian Kuching
Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
Daerah
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
 • Pegawai ResidenDayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi
 • Datuk Bandar DBKUTuan Haji Hilmy bin Haji Othman
 • Datuk Bandar MBKSDato' Wee Hong Seng
Keluasan
 • Jumlah4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQK, QA
Laman sesawangkuching.sarawak.gov.my

Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di wilayah Sarawak, Malaysia. Ia memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1]

Bahagian Kuching juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana ia merupakan pusat dan titik permulaan pembentukan wilayah Sarawak yang lebih moden dan kompleks. Secara rasmi, Bahagian Kuching dipecahkan kepada empat daerah, iaitu :

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Setiap daerah dan daerah kecil di Bahagian Kuching secara keseluruhan mempunyai empat daerah penting, iaitu Daerah Kuching, Daerah Padawan, Daerah Bau, dan Daerah Lundu. Terdapat juga sebuah daerah kecil dalam kawasan Daerah Lundu iaitu Daerah Kecil Sematan.

Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan terletak di bawah Bahagian Kuching tetapi kini ia terletak di bawah seliaan sepenuhnya Daerah Serian.

Pada 1 Oktober 2015, merupakan hari bersejarah bagi Daerah Kecil Siburan kerana daerah kecil ini dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Kuching. Sehingga kini, Bahagian Kuching mempunyai sebanyak empat buah daerah sahaja.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk

Jumlah populasi penduduk di Bahagian Kuching

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di Bahagian Kuching berdasarkan daerah pada tahun 2023
No. Daerah Jumlah (orang) Mukim bandar Jumlah (orang)
1 Daerah Kuching 664,312 Kuching Utara 182,775
2 Kuching Selatan 315,808
3 Kota Sentosa 165,729
4 Daerah Padawan 359,102 Batu Kawah 205,661
5 Kota Padawan 122,348
6 Batu Kitang 31,093
7 Daerah Bau 57,017 Opar 21,226
8 Bandar Bau 22,079
9 Siniawan 13,712
10 Daerah Lundu 39,922 Bandar Lundu 29,570
11 Sematan 10,352
  1. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]