Bahagian Limbang | |
---|---|
Koordinat: 4°10′00″N 115°20′00″E / 4.16667°N 115.33333°EKoordinat: 4°10′00″N 115°20′00″E / 4.16667°N 115.33333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Daerah | Limbang, Lawas |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Limbang (MDLimbang) Majlis Daerah Lawas (MDLawas) |
• Residen | Ir. Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi |
Keluasan | |
• Jumlah | 7,788.5 km2 (3,007.2 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 84,192 |
• Kepadatan | 11/km2 (28/batu persegi) |
Demografi | |
• Etnik | Melayu (29%) Lun Bawang (25%) Iban (16%) Cina (13%) Bisaya (11%) Bidayuh (1%) Melanau (1%) Lain-lain (1%) Rakyat Asing (3) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Nombor plat kenderaan | QL |
Laman sesawang | limbang |
Bahagian Limbang ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 7,788.5 kilometer persegi dan merupakan bahagian terbesar keempat di Sarawak. Secara rasmi, Bahagian Limbang dipecahkan kepada dua daerah, Lawas, dan Limbang dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Nanga Medamit, Daerah Kecil Sundar, dan Daerah Kecil Trusan.[2][3]
Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Limbang keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Limbang.
No. | Peta | Keluasan (km2) | Daerah/Daerah Kecil | Pihak Berkuasa Tempatan | Pekan pentadbiran | Penduduk (orang) |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Daerah Limbang | Majlis Daerah Limbang | Limbang | 39,894 | ||
2 | Daerah Kecil Nanga Medamit | Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit | Nanga Medamit | 7,086 | ||
3 | Daerah Lawas | Majlis Daerah Lawas | Lawas | 26,783 | ||
4 | Daerah Kecil Sundar | Pejabat Daerah Kecil Sundar | Sundar | 6,261 | ||
5 | Daerah Kecil Trusan | Pejabat Daerah Kecil Trusan | Trusan | 4,168 |
Bahagian Limbang merupakan bahagian di timur laut negeri Sarawak. Ia juga bersempadan dengan negera jiran, Brunei Darussalam. Daerah Temburong juga berjiran dengan Daerah Limbang dan Daerah Kecil Nanga Medamit di barat dan Daerah Kecil Trusan dan Daerah Kecil Sundar di timur. Daerah Lawas terletak di timur sempedan negeri Sabah, Malaysia.
Parlimen | Ahli | Parti | DUN |
---|---|---|---|
P221 Limbang | YB Datuk Hasbi Habibollah | GPS (PBB) | |
P222 Lawas | YB Dato Henry Sum Agong | GPS (PBB) |