Bahasa-bahasa Makassar | |
---|---|
Taburan geografi: | Sulawesi |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Pembahagian: | |
Glottolog: | maka1310[1] |
Bahasa-bahasa Makassar ialah sekumpulan bahasa yang dituturkan di bahagian selatan provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia, dan membentuk salah satu cabang subkumpulan bahasa-bahasa Sulawesi Selatan dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia.[2][3] Ahli yang paling menonjol dalam kumpulan ini ialah bahasa Makassar, dengan lebih dua juta penutur di kota Makassar dan kawasan jirannya.
Status bahasa-bahasa Makassar selain bahasa Makassar sebagai bahasa tersendiri tidak diterima umumnya. Dalam pengelasan lama,[4] tetapi juga dalam kajian terbaru oleh ahli bahasa tempatan,[5] bahasa-bahasa tersebut dianggap sebagai loghat bahasa Makassar.
Ciri khas bahasa-bahasa Makassar ialah kemunculan vokal gema dengan dasar yang berakhir dengan hujung /r/, /l/ atau /s/. Cth /botol/ "botol" dinyatakan sebagai bótolo dalam bahasa Selayar dan bahasa Konjo Pesisir, dan sebagai bótoloʔ dalam bahasa Makassar (bahasa Makassar kerap menambah hentian glotis pada vokal gema). Vokal gema ini digugurkan jika akhiran ditambahkan, tetapi dikekalkan jika diikuti oleh enklitik.[6]
Bahasa Makassar | Bahasa Selayar | |
---|---|---|
kata dasar | /rantas/ rántasaʔ 'kotor' |
/lambus/ lámbusu 'lurus' |
dengan akhiran | /rantas/ + /-aŋ/ rantás-aŋ 'lebih kotor' |
/lambus/ + /-aŋ/ lambús-aŋ 'lebih lurus' |
dengan enklitik | /rantas/ + /=ak/ rántasak=aʔ 'Saya kotor' |
/lambus/ + /=a/ lámbusu=a 'Saya lurus' |