Bahasa Seme | |
---|---|
Asli kepada | Burkina Faso |
Penutur bahasa | (40,000 setakat ca. 1999)e18 |
Niger-Congo
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | sif |
Glottolog | siam1242 |
Bahasa Seme ialah bahasa yang dituturkan terutamanya di Burkina Faso. Ia tiada kedudukan khusus dalam keluarga bahasa-bahasa Konggo-Nijer yang diusulkan dan berkemungkinan merupakan bahasa pencilan.
Penutur bahasa Seme memanggil diri mereka sebagai orang Seme. Nama luarannya yang dipanggil oleh penutur bahasa Jula ialah orang Siamou.[1]
Bahasa Seme asalnya dikelaskan sebagai ahli bahasa-bahasa Kru. Walau bagaimanapun, menurut Roger Blench (2013) dan Pierre Vogler (2015), bahasa tersebut tidak banyak persamaan dengan bahasa-bahasa Kru.[2][1] Güldemann (2018) juga menyifatkan bahasa Seme sebagai tidak berkaitan dengan keluarga Konggo-Nijer dan menganggapnya sebagai bahasa pencilan.[3] Glottolog menganggapnya sebagai bahasa pencilan.
Urutan kata dalam bahasa Seme ialah SOV, seperti bahasa-bahasa Senufo, tetapi tidak seperti bahasa-bahasa Gur Tengah yang bersifat SVO.[3]
Pada tahun 1999, ia dituturkan oleh 20,000 orang di barat Burkina Faso dan 20,000 lagi di Côte d'Ivoire dan Mali.[4] Di Burkina Faso, ia dituturkan terutamanya di wilayah Kenedugu, di sekitar ibu kota wilayah Orodara dan kampung sekitar Bandugu, Dideri, Dieri, Dierideni, Diossogu, Kotudeni, Lidara, dan Tin.[1] Bahasa Seme mempunyai satu loghat utama, iaitu loghat Bandugu. Di samping itu, terdapat perbezaan loghat yang kecil dalam kalangan ragam-ragam bahasa Seme yang dituturkan di Orodara dan di kampung-kampung sekitarnya. Ia juga dituturkan di Bahagian Tussiana di Burkina Faso.
<ref>
tidak sah, nama "Guldemann" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza