Bahasa pasar Indonesia atau di Indonesia dikenali sebagai bahasa gaul Indonesia bermaksud bentuk-bentuk bahasa basahan yang ditutur di kawasan-kawasan bandar di Indonesia. Biarpun asal-usulnya amat jelas, bahasa pasar Indonesia berbeza sekali daripada bahasa Indonesia baku dari segi bentuk kata dan tatabahasa.
Istilah bahasa gaul dicipta pada hujung 1990-an yang mana perkataan "gaul" membawa erti sosial atau bergaya. Sebelum ini pernah terbitnya istilah bahasa prokem pada awal 1980-an yang bermaksud bahasa samseng. Prokem ialah bentuk slanga perkataan preman yang berasal dari bahasa Belanda.
Bahasa pasar Indonesia ditutur secara meluas dalam perbualan seharian, persekitaran sosial, media popular dan sesetengah bahan bacaan remaja dan majalah budaya pop. Bagi yang tinggal di kawasan bandar Indonesia, bahasa pasar Indonesia sering dijadikan bahasa perhubungan utama dalam kehidupan seharian. Walaupun agak janggal jika bertutur dalam bahasa formal, namun penggunaan "bahasa Indonesia yang baik dan benar" meluas dalam media, lembaga kerajaan, sekolah, universiti, tempat kerja, di kalangan golongan atasan dan bangsawan Indonesia dan situasi-situasi formal yang lain.
Bahasa pasar Indonesia adalah fenomena bahasa yang sentiasa berevolusi, kerana perbendaharaan katanya amat berbeza daripada bahasa Indonesia mahupun bahasa Malaysia dan juga banyak sekali kata-kata baru, baik asli mahupun asing, yang agak senang diterapkan dalam perbendaharaan kata yang makin luas. Apapun, seperti bahasa-bahasa lain, peredaran zaman menyebabkan sesetengah kata menjadi jarang digunakan ataupun lapuk kerana dianggap ketinggalan zaman atau tidak lagi menepati trend terkini.
Kebanyakan bahasa pasar Indonesia bersifat mempermudah, dalam ertian mempermudah dalam hal pengucapan. Sehingga banyak kata yang digugurkan, atau diberi singkatan-singkatan tertentu.
Struktur bahasa pasar Indonesia banyak diterbitkan dari bahasa Indonesia namun perbendaharaan katanya banyak bezanya. Kosa kata bahasa pasar Indonesia diperkaya oleh gabungan kata-kata terbitan atau pinjaman dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Hokkien, Inggeris, dan Belanda, dan juga bahasa-bahasa etnik setempat seperti bahasa Betawi, Sunda, dan Jawa. Adakalanya, kata-kata baru dicipta begitu sahaja tanpa asal-usul tertentu.
Kebanyakan besar perbendaharaan kata bahasa pasar Indonesia dikembangkan dari bahasa Indonesia formal melalui beberapa cara [1], contohnya:
Sesetengah perkataan dipinjam dan diubahsuai begitu sahaja dari bahasa Inggeris, contoh:
Banyak juga perkataan yang direka tanpa mengikut panduan-panduan tadi langsung, kebanyakan ada asal-usul tersendiri. Contohnya:
Kumpul kebo dalam erti harfiahnya ialah berkumpul seperti kerbau. Istilah ini memaksudkan pasangan yang tinggal sebumbung di luar nikah.
1980-an merupakan zaman "bahasa prokém". Pada masa itu, kata-kata sedemikian dibentuk dengan memasukkan sisipan -ok- selepas konsonan pertama sesuatu perkataan baku lalu menggugurkan suku kata terahkur, maka lahirnya perkataan serba baru. Istilah "prokem" itu juga berbentuk prokem kerana dibentuk dengan membubuh -ok- ke dalam preman lalu menggugurkan -an.
Contohnya, perkataan bapak dipecah menjadi b-ok-apak dan digugurkan -ak di akhrinya, maka terbentuknya bokap yang masih digunakan bagi erti "bapa" sehingga hari ini. Perkataan sekolah pula diubah menjadi skokul, namun kata ini lama-kelamaan menjadi lapuk dan tidak digunakan lagi sejak 1990-an, sebaliknya berubah menjadi sekul atau skul, yang mirip perkataan Inggeris school.
Perkataan-perkataan lain seperti mémblé, kécé, dan sifat ayat Nih yé, dan teriakan Alamakjan! turut muncul pada dekad yang sama.
Salah satu diantara ungkapan/ kata pasar yang paling sering digunakan adalah "lo dan gue" sebagai pengganti saya atau aku. Meskipun secara historis, kata ini bukanlah kata asli bahasa Indonesia, tetapi penggunaan kata tersebut selalu diidentikkan dengan bahasa pasar Indonesia. Bahkan penggunaan kata ini sudah semakin meluas hingga penggunaannya tidak terbatas di Indonesia sahaja, tetapi juga di negara jiran, seperti Malaysia dan Singapura. Di Semenanjung Malaysia istilah gua dan lu sering diguna oleh orang muda Melayu (khasnya peminat musik rock) sebab pengaruh percakapan Melayu oleh suku Hokkien Malaysia. Fenomena ini juga dikatakan kerana derasnya pengaruh sinetron, drama dan muzik-muzik yang berbahasa Indonesia di Malaysia. Pengaruh percakapan pekerja (khasnya pembantu rumah) dan migrasi orang Indonesia di Malaysia terutama di Sabah juga memain peranan. Contoh:
Selain dua kata tersebut, kata pasar Indonesia lain yang juga sering digunakan dalam kehidupan sehari-hari adalah "banget" yang dalam logat Malaysia diadaptasi sehingga bunyinya berubah menjadi "bangat" yang merupakan pengganti dari kata sangat. Contoh:
Ungkapan lain yang sering digunakan diantaranya:
Penggunaan kata-kata pasar ini disebabkan karena adanya anggapan bahwa bahasa Indonesia adalah bahasa yang modern. Sehingga, banyak sekali orang yang menggunakan bahasa pasar ini kerana alasan ingin disebut modern dan mengikuti trend kata yang sedang popular di sinetron atau drama Indonesia yang tayang pada masa-masa tertentu.
Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat yang kuat dipengaruhi kebudayaan Sunda. Bahasa Sunda terdiri daripada tiga golongan, iaitu golongan hormat 'atasan' (beradab), pertengahan (adil), dan bawahan (akrab). Bahasa pasar Bandung sering memakai kata ganti nama Sunda bawahan iaitu aing (aku) dan sia (kau).
Jakarta ialah ibu negara Indonesia yang diduduki lebih 12 juta orang. Bilangan penduduk sebesar ini tidak dinafikan telah memainkan peranan dalam pembentukan bahasa pasar Jakarta. Contoh:
Bahasa pasar ini ditutur di provinsi Jawa Tengah dan kota Yogyakarta yang dikuasai bahasa Jawa. Macam bahasa Sunda, bahasa Jawa juga ada tiga golongan kosa kata berasaskan tahap keadaban. Golongan biasa selalu bertutur dalam campuran bahasa Jawa golongan bawahan dan pertengahan dengan bahasa Indonesia. Sesetengah penduduk bukan Jawa mencampurkan loghat-loghat sendiri juga maka terbentuknya bahasa pasar Jawa Tengah.
Bahasa pasar Yogyakarta juga dikenali sebagai Basa Walikan (Bahasa Terbalik)[2], iaitu suatu transformasi dari bahasa Jawa yang mana susunan aksara Jawa lama ditukar sesama sendiri mengikut rumus berikut:
Misalnya, kata seru Matamu! diubah menjadi Dagadu!. Anda boleh menggunakan enjin-enjin Basa Walikan seperti Easy Prokem Translator untuk memudahkan pemahaman Basa Walikan.