Bani Amir atau Bani Amir bin Sa'sa'ah (Arab: بنو عامر بن صعصعة ) merupakan sebuah suku Arab yang besar dan tua yang berasal dari wilayah tengah dan barat laut Semenanjung Arab. Bani ini menguasai wilayah Nejd buat berkurun-kurun lamanya selepas kedatangan Islam.
Kendatipun Bani Amir terlibat dalam peperangan yang berpanjangan dengan Quraisy sebelum kedatangan Islam, suku ini ditandai dengan kelewatan memberi baiat kepada Nabi Muhammad SAW dan khalifah-khalifah baginda. Bani Amir mengambil bahagian dalam Perang Riddah berikutan kewafatan Nabi Muhammad, dan berpihak kepada pihak Murtad menentang Muslim.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.