Masa | Februari 2022 |
---|---|
Lokasi | Kelantan dan Terengganu |
Penyebab | Hujan lebat berterusan susulan monsun |
Hasil |
|
Dipindahkan | Lebih 9 ribu orang[1] |
Sebuah banjir berlaku di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia pada akhir Februari 2022. Banjir ini terbit daripada hujan lebat berterusan selama beberapa hari sejak 25 Februari di kebanyakan negeri Semenanjung, terutamanya di kawasan negeri Kelantan dan Terengganu, sekali gus membawa kepada banjir ketara di kedua-dua negeri.[2][3] Susulan banjir, beberapa ribu orang terpaksa dipindahkan. Banjir ini disifatkan sebagai luar jangkaan berikutan waktu banjir yang tidak selari dengan pola cuaca tahunan lazim.[4]
Banjir di Kelantan bermula di Jajahan Pasir Mas terutama di Rantau Panjang disebabkan kawasan tersebut berdekatan dengan Sempadan Malaysia-Thailand yang mana disitu Sungai Golok akan sentiasa naik air. Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Amar, banjir di Rantau Panjang baru sahaja permulaan di Kelantan dan bukan ditahap yang dibimbangkan, menurut beliau banjir yang betul-betul serius apabila air datang dari hulu yang dipanggil hujan hulu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim.[5] Pada 14 Disember, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM12 juta yang diminta oleh kerajaan negeri Kelantan dalam membantu masalah yang ditimpa di negeri ini.[6][7] Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi juga turun padang ke Rantau Panjang bersama Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob bagi melihat bencana yang berlanda. Pada 17 Disember, banjir di Kelantan bertambah buruk sehingga 0.5 meter air melimpah masuk ke dalam rumah. Banjir di Kelantan ini dikatakan kali kedua terburuk setelah banjir di Kelantan 2014.[8]Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 5,322 mangsa diikuti Kuala Krai (2,333), Tumpat (2,042), Pasir Puteh (1,478), Tanah Merah (1,333), Kota Bharu (1,293), Machang (870), Bachok (448) dan Jeli (360).
Sementara itu MyPuclic Infobanjir menunjukkan enam batang sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir.[9][10][11]
Di Terengganu, kawasan terburuk ditimpa banjir adalah Besut dimana kawasan itu merupakan majoriti masyarakat Melayu Kelantan. Besut bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh dimana kawasan itu juga terjejas banjir. Kawasan kedua terburuk di Terengganu adalah Setiu dan Kuala Terengganu.