Laman ini merupakan sebuah laman maklumat yang menerangkan sepersetujuan komuniti para penyunting di sini bagi beberapa aspek tertentu tentang pengendalian Wikipedia. Laman ini BUKAN laman polisi atau garis panduan dan bertujuan untuk menerangkan amalan atau polisi lain Wikipedia. Sila rujuk polisi atau garis panduan yang berkaitan jika terdapat percanggahan antara laman ini dengan laman polisi atau garis panduan. |
Wikipedia menggunakan aksara bahasa-bahasa Cina, Jepun Korea dan Vietnam (aksara CJKV dalam beberapa rencana.
Komputer-komputer yang mengandungi sistem operasi lama dengan penetapan bahasa lalai kepada bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa Barat dan Cyril akan memerlukan perubahan dan fon khusus untuk memaparkan aksara-aksara ini.
Sistem operasi yang baharu mungkin tidak memerlukan langkah-langkah tambahan untuk memaparkan aksara-aksara CJKV yang sering dijumpai.
Jika anda melihat kotak, tanda tanya, ataupun huruf yang tidak membawa makna, anda tidak memiliki sokongan aksara Asia Timur.