Basuki Hadimuljono

Basuki Hadimuljono
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia ke-25
Menyandang jawatan
27 Oktober 2014
PresidenJoko Widodo
Naib PresidenJusuf Kalla
Ma'ruf Amin
Timbalan MenteriWempi Wetipo (2019–22)
Didahului olehDjoko Kirmanto
Djan Faridz
Maklumat peribadi
Lahir
Mochamad Basoeki Hadimoeljono

(1954-11-05) 5 November 1954 (umur 70)
Surakarta, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
PasanganHj. Kartika Nurani
AnakDewi Mahamiani
Neil Andika
Dira Mediani
Tempat belajarUniversitas Gadjah Mada
Universiti Negeri Colorado
PekerjaanPNS
KabinetKabinet Kerja (2014–2019)
Kabinet Indonesia Maju

Dr. (H.C.) Ir. H. Mochamad Basuki Hadimoeljono, M.Sc., Ph.D. (lahir di Surakarta, 5 November 1954; umur 70 tahun)[1] ialah Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dalam Kabinet Indonesia Maju Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin sejak 23 Oktober 2019. Sebelum ini, beliau juga menjawat sebagai Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dalam Kabinet Kerja Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla penggal 2014–2019.[2]

Basuki lahir di Surakarta, ayahnya anggota TNI Angkatan Darat. Setelah memperoleh gelaran sarjana daripada Fakulti Kejuruteraan Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979, beliau pindah ke Kementerian Pekerjaan Umum dan memulakan kerjayanya di sana. Kemudian, beliau memperoleh gelaran sarjana dan doktor daripada Universiti Negeri Colorado. Beliau naik pangkat dan menjawat sebagai Inspektor Jeneral dan Ketua Pengarah di sana, sampai menerima pelantikan daripada Joko Widodo untuk menjawat sebagai menteri pada tahun 2014 selepas lebih daripada 30 tahun sebagai pegawai negeri.

Disebabkan rancangan prasarana Jokowi, Kementerian Basuki menerima bahagian anggaran yang penting sepanjang beliau menjawat, sebanyak Rp 107.3 trilion untuk tahun fiskal 2018. Projek-projek di bawah semasa beliau menjawat termasuk pembangunan perumahan awam yang banyak, prasarana jalan dan takungan air. Kementerian Basuki juga memulakan Projek Empangan Bener yang menjadi pro dan kontra di daerah Wadas hingga sekarang.

  1. ^ wika.co.id[pautan mati kekal]
  2. ^ Alexander, Hilda B (2014-10-26). Alexander, Hilda B (penyunting). ""Basuki Cocok Menempati Pos Kementerian PU dan Perumahan Rakyat"". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-07-23.
Jawatan politik
Didahului oleh
Djoko Kirmanto
sebagai Menteri Pekerjaan Umum
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia
2014–sekarang
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Djan Faridz
sebagai Menteri Perumahan Rakyat

Templat:Kabinet Indonesia Maju Templat:Kabinet Kerja