Koordinat: 3°27′36″N 101°39′18″E / 3.4601368°N 101.6550138°E
Batang Kali باتڠ كالي | |
---|---|
Bandar Kediaman dan Perniagaan Bandar Belia | |
Lokasi Batang Kali di Malaysia | |
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Hulu Selangor |
Mukim | Ulu Yam, Batang Kali, Bandar Batang Kali, Bandar Rasa |
Pentadbiran | |
• Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
• Kepadatan | 314.23/km2 (813.9/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipakai |
Poskod | 44200, 44300 dan 48200 |
Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.
Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:
Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.
Pembangunan di Bandar Utama Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan Batang Kali seperti pasaraya Econsave, pusat beli belah Ligamas OASIS Street Mall, stesen keretapi Batang Kali dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.
Antara projek pembangunan di Bandar Utama Batang Kali adalah merangkumi perumahan dan pusat perniagaan, seperti:
Kawasan Batang Kali dapat dihubungkan dari pelbagai pintu utama. Sebagai contoh, Batang Kali boleh diakses melalui pintu negeri Pahang iaitu dari Genting Highlands menerusi jalan B66. Batang Kali juga boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara
AH2 melalui susur keluar Bandar Sungai Buaya EXIT 117 atau Bukit Beruntung EXIT 118 lalu melalui Jalan Persekutuan 1
LP 1. Berikut merupakan senarai jaringan jalan raya di Batang Kali:
Daerah Hulu Selangor mempunyai identitinya yang tersendiri di mana setiap jalan di bandar-bandar Hulu Selangor akan dinamakan mengikut kategori-kategori alam sekitar seiring dengan persekitaran yang menghijau di daerah ini. Bagi mukim Batang Kali, penamaan sesebuah jalan ditetapkan mengikut 'sistem penamaan pokok'. Berikut merupakan simbolik bagi penamaan jalan di kawasan Batang Kali mengikut mukim:
Masjid dan surau
Kuil
Bank & ATM
Balai Polis
Klinik
Pasar awam dan pasaraya besar
Stesen minyak
Medan selera
Dewan dan auditorium
Pusat beli belah
Taman awam
Perkhidmatan pengeposan
Restoran
Kafe
Kedai runcit
Kedai barangan kelengkapan seharian
Batang Kali sememangnya terkenal dengan pemandangan yang gian dan memukau mata dengan kepelbagaian tempat pelancongan, khususnya ekopelancongan. Berikut merupakan beberapa lokasi ekopelancongan yang terkenal yang boleh anda lawati di sekitar Batang Kali: