Beg Birkin merupakan beg tangan buatan tangan oleh Hermès yang dinamakan sempena nama penyanyi-pelakon Jane Birkin. Beg ini merupakan simbol kekayaaan kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki oleh orang awam.[1] Harganya boleh mencecah dari $9,000 sehingga $150,000. Harganya meningkan mengikut jenis bahan yang digunakan. Beg ini diedarkan oleh butik Hermès mengikut jadual yang sukar diramal, kuantitinya pun terhad, lantas jumlahnya kurang dan, sengaja atau tidak sengaja, menjadikan ia eksklusif.
Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak isteri Rosmah Mansor sangat meminati beg Birkin.[2] Beliau memang terkenal dengan gaya hidup mewah dan barangan berjenama.[3]
Pada tahun 1981, ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris. Birkin hendak meletakkan beg jeraminya ke dalam ruang letak barang di atas tempat duduknya, namun isinya terjatuh dan dia pun lantas kelam-kabut mengisikan semula barang-barang tadi ke dalam begnya. Birkin menceritakan kepada Jean tentang betapa sukarnya untuk menemui beg hujung minggu kulit yang sesuai dengan cita rasanya. Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin,[4][5] berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya. Walau bagaimanapun, beg itu menjadi ikon sejak dari itu.