Bendera Sarawak

Laman ini adalah mengenai bendera rasmi Wilayah Sarawak sahaja.

ايبو ڤرتيوي
Ibu Pertiwi
KegunaanBendera wilayah
Nisbah1:2
Diterima pakai1988
RekaanLatar warna dibahagikan menjadi 3, "Kuning Emas" dibahagian kanan atas dan kiri bawah, yang bagi dengan warna "Hitam" dibahagian atas tengah dan "Merah" dibahagian bawah tengah, lalu dengan gambar bintang pecah 9 (bintang bucu 9) berwarna "Kuning Emas" yang berada di Tengah jalur Hitam dan Merah yang serong.

Bendera wilayah Sarawak , atau nama rasminya Ibu Pertiwi, adalah berdasarkan rekabentuk bendera Kerajaan Sarawak sejak pemerintahan Rajah Putih.

Pada awal pemerintahan Sarawak yang diketuai oleh Raja Putih Sarawak ketika itu, Sir James Brooke, beliau menggunakan bendera salib St. George sebagai bendera rasmi kerajaan Sarawak, sekaligus menandakan bermulanya pemerintahan kerajaan Sarawak yang baharu. Tetapi bendera berkenaan hanya dikibarkan sementara di Sarawak pada 24 September 1841 sehingga 21 September 1848.

Pada petang 20 September 1848, satu mesyuarat penting diadakan melibatkan pihak kerajaan British pimpinan Sir James Brooke dengan beberapa para pemimpin tempatan yang lain. Dalam mesyuarat berkenaan, ada beberapa pihak termasuk Sir James Brooke sendiri akhirnya mengambil keputusan untuk mewujudkan satu bendera kerajaan yang baharu bagi wilayah Sarawak. Keputusan ini juga sebagai langkah terbaik untuk menggantikan bendera salib St. George, yang dikatakan oleh segelintir masyarakat tempatan sebagai bendera penjajah.

Keesokannya pada pagi 21 September 1848, pihak kerajaan British akhirnya menurunkan bendera salib St. George dan menggantikan dengan bendera baharu Kerajaan Sarawak buat kali pertama. Bendera baharu Kerajaan Sarawak adalah menyerupai seperti bendera England, tetapi permukaannya berwarna kuning dengan bentuk salib yang berwarna separuh biru dan separuh merah. Akan tetapi bendera berkenaan hanya dikibarkan untuk tempoh mulai 21 September 1848 sehingga pada 7 Mei 1870.

Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak, Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946.

Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan bendera kerajaan Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai sebuah wilayah yang bebas merdeka, bendera Salib terus digunakan dan tidak diubah mulai tahun 16 September 1963 sehingga 31 Ogos 1973.

Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 kerajaan Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata kerajaan Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera Trisakti Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech.

Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto kerajaan Sarawak yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu, Berusaha, Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.

Galeri Bendera Wilayah Sarawak (1841 – Kini)
Bendera salib St. George yang diguna sebelum kemunculan Kerajaan Sarawak oleh Sir James Brooke (hanya diguna pakai sebagai bendera sementara pada 24 September 1841 sehingga 21 September 1848).
Bendera rasmi Kerajaan Sarawak yang pertama kali diperkenalkan oleh Gabenor Sarawak yang pertama ketika itu, Sir James Brooke (diguna pakai sepenuhnya sebagai bendera rasmi Kerajaan Sarawak mulai 21 September 1848 sehingga 7 Mei 1870).
Bendera kedua Kerajaan Sarawak ini ada uniknya tersendiri. Ini kerana kali pertama bendera ini digunakan adalah semasa pemerintahan Charles Brooke (1868–1917) dan juga sewaktu pemerintahan Charles Vyner Brooke (1917–1946). Manakala kali kedua pula bendera ini sekali lagi digunakan adalah sebagai bendera rasmi Sarawak selepas pembentukan Malaysia (1963–1973). Ramai yang mengatakan bahawa bendera kedua Sarawak ini adalah yang paling signifikan dan ikonik selepas peristiwa bersejarah 16 September 1963.
Bendera yang ketiga ini adalah merupakan bendera rasmi Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (Bendera ini hanya digunakan sebagai bendera sementara Kerajaan British Sarawak mulai tahun 1946 sehingga tahun 1963). Ini kerana ketika itu, pihak tentera British Australia mula menduduki Sarawak susulan wilayah ini pernah dijajah oleh askar Jepun. Pihak tentera British Australia juga bekerjasama dengan pihak tentera Rejimen Askar Melayu DiRaja dalam usaha untuk menghapuskan semua pergerakan komunis di Sarawak.
Bendera rasmi Sarawak yang keempat ini dikenali sebagai Trisakti, kerana bendera ini adalah "pencetus utama" kepada wujudnya sebuah kerajaan Sarawak yang baharu. (Bendera ini hanya digunakan dari 31 Ogos 1973 sehingga 31 Ogos 1988).
Ini adalah bendera rasmi wilayah Sarawak yang kita kenali sehingga ke hari ini. Bendera Sarawak ini juga dikenali sepenuhnya sebagai Ibu Pertiwi (Bendera ini masih digunakan sejak dari tahun 1988 sehingga kini). Generasi muda harus memahami erti sebenar perjuangan Sarawak, dengan hanya mengibarkan bendera Ibu Pertiwi ini.

Bendera sama warna dengan bendera Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]